Thursday, December 31, 2009

Minggu yang memenatkan

27hb Dis 2009
Piknik kali ke2 di pulau burung. Walaupun esoknya mau p KK, tapi tetap nekad mau ke Pulau Burung untuk melepas rindu kali ke2. Namun, picnic kali ni taklah semeriah yg picnic 5hb lepas. Tapi still best la juga sebab walaupun last2 minit tetap best n semuanya menjadi. Bertolak lebih kurang jam 8.30am. Sampai di Pulau, aku lebih gemar mengelilingi Pulau n melihat keindahan alam. Aktiviti: main bola sepak pantai, main bola tampar pantai, main lempar tengah, main kejar2 cam budak2 n banyak lagi game yang tidak patut2 aku buat sbb sudah tua bangka...Balik agak lewat. Tapi still seronok dan menghiburkan.

28hb Dis 2009
Pagi2 da bersiap nak ke Kota Kinabalu. Hampir terlepas bas. Penat sangat sebab bahang kepenatan berpicnic mulai terasa. Panadol pun tak bole redakan sakit kepala. Masa dlm bas, aku menderita mabuk jalan. Hampir termuntah...Alhamdulillah sampai juga di KK dgn selamat. Sampai di KK, terus p Baverly Hotel n cek in di sana. Serius aku tak tau sebenarnya kenapa aku n kawan2 yang lain di kumpul di hotel 2. Rupa2nya aku kena orentasilah sebelum p posting di sekolah. Orentasi 3 hari. Puas hati juga dgn bilik yg serba mewah n makanan yang sangat menyelerakan( 1 minggu boleh gemuk tau).

29hb Dis 2009
Dihidangkan dengan ceramah...dari pagi sampai petang. Tapi masa yang ditunggu iaitu teka-teki tempat posting akhirnya terjawab. Setelah melalui debaran yang sangat dasyat, akhirnya semuanya terjawab. Aku di postingkan di SMK TUNGKU LAHAD DATU, SABAH. First dapat tahu, mmg tidak puas hati sebab skol ni jauh dari tempat tinggal. Kira2 1jam nak ke sana...Tapi terpaksa pasrah je...

30hb Dis 2009
Balik LD naik Mas Wings. Sampai rumah kira2 jam 12.30 tengah hari. Petang ke surau solat Asar. Malam pula ngajar budak mengaji seperti biasa.

31hb Dis 2009
Lapor diri di SMK Tungku. Tapi pengetua ndak ada. Suruh datang 4hb 2010. N malam ni p kenduri kahwin kawan ( Ahmad Nor)...

TAMAT

Saturday, December 19, 2009

100 Roti Canai : Rai Kemenangan



Kemenangan sepanduk baru2 ni kami raikan dengan 100 keping roti canai untuk penduduk kampung semalam...seronok sangat dapat makan roti canai ramai2...

Puas Hati....

Lakaran Sepanduk Kampungku

Alhamdulillah, kampungku dpt no. 3 pertandingan sepanduk maal hijrah baru2 ni. Maknanya kami masih mengekalkan kedudukan macam tahun lps jugak la...Tidak sia-sia berjaga tidur gara2 buat sepanduk last2 minit....Terima kasih semua belia2 surau...Isyallah pertandingan sepanduk Maulud Nabi kita dapatkan johan pula....

Sokong Raja Perlis "Kalau perlu bahas kita bahas untuk mencari kebenaran"

Terbaca paper semalam "Raja Perlis dukacita negeri dilabel amal Wahabi", aku terus ja menulis blog ni menyatakan sokongan padu pada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Memang betullah kata-kata baginda, kalau nak berdebat, silakan...
Berikut adalah titah yang dipetik semasa ucapan baginda di majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan 2020
1. "Sebagai Raja Perlis, saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Tak baiklah buat kenyataan dalam akhbar atau TV. Lebih wajar dibawa muzakarah. Kalau apa yang dibuat di Perlis tak ikut syarak, tunjuk nas-nas lengkap, Perlis sedia mengubah (dari apa yang diamalkan sekarang)," titah baginda.
2. "Jika tidak ada nas-nas kukuh yang boleh menguatkan hujah mereka mengatakan apa yang diamalkan di Perlis tidak betul, janganlah ‘buat bising’ sangat. Kalau tak mahu ikut Perlis, senyap sudahlah. Nanti kata pula, Perlis Darul Wahabi," titah baginda.
3. “Kalau ada sesiapa yang tidak puas hati tentang apa yang diamalkan di Perlis, boleh tulis surat kepada Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Majlis Fatwa Negeri untuk berbincang.

4. “Kalau perlu bahas kita bahas untuk mencari kebenaran. Hentikanlah tuduhan yang tidak sepatutnya kepada Perlis," titah baginda.

Ulasanku...
Inilah masalah beberapa pihak sekarang yang suka membuat tuduhan palsu. Kadang-kala mereka suka buat tuduhan membabi buta. tunjukkanlah dalil atau nas yang sahih dari Al-Quran dan hadis Rasulullah kalau nak menyangkal sesuatu...

Wednesday, December 16, 2009

MeMori : TeRjaWab PanggilaN Pulau BurunG

SEBELUM KE PULAU

5hb lepas, aku n kwn2 geng surau p pulau burung buat picnic. Pagi2 lagi balik ja dari surau lps solat subuh bejemaah, aku mempersiapkan diri ini. So, apa lagi ku masaklah beberapa ketul nurget, beberapa biji telur (tutttttt) jgn fikir bukan2 ya, n itu je yang kubawa. yang lain ku beli je...

Sebagai ketua ekspidisi, aku sampai tempat berkumpul lebih awal. Ku tengok, ramai sudah member2 yang sampai dulu. terlalu xsitet betul....tema baju mau p pulau kali ni, PUTIH...Tapi ada juga pakai warna lain, ceh...degil bin degul betul.

Semangat berkobar....inilah pengangkutan kami...

TIME DALAM PERJALANAN P PULAU

Kami jalan lbh kurang 7.45pm tapi terkandas pula ditengah laut kira-kira 1jm 30minit. Kesian Pakcik Pare' n pembantuny "si kivut" bertungkus lumus tukar kipas kapal yang terkena sampah di laut. Bengong punya manusia, lain kali jgn buang sampah dalam lautla....

2 sekawan (sadan n mamat)....felling atas bumbung kapal

Kita minum n nyanyi dulu....

Musyasi..Mencari sape raja pancing?
Senyum seindah suria,yg membawa cahaya.....



Geng lanun (mundu)....
TIME DI PULAU

Sampai ja di Pulau, terus susun barang, ambil pancing n apalagi... mancing la. Aku, Imran n Babban naik sampan memancing. Alhamdulillah banyak juga ikan yang aku dapat pancing kali ni. Ikan paling besar yg aku dpt pancing panjang macam tanganku (ikan pitig). Selebihnya ikan kurapu, ikan batu n ikan entahlah apalagi namanya. Berwarna-warni ikan yg aku dapt mcm pelangi...hehehe..

Selepas solat jamak zohor n asar, kami pun makan lah...Habis lenyap nurget n telur yg kumasak tadi. Almaklumla, lapor benar sudah...

Paling best, lepas makan kami main game "pisang panas". Lucu juga permainan ni. Tapi perkataan yang aku tidak lupa bila ada satu group itu, tersilap tafsir perkataan yg kami tanya dengan diorang. Ikuti dialog lagu ni...

Group Totong : Batu apa...batu apa...batu apa sekarang?
Group Aku : Batu nisan...batu nisan....batu nisan sekarang. Nisan apa...nisan apa...nisan
apa... sekarang?
Group Jasri : Nisan kereta....nisan kereta (#%*^@$) terhenti....
Semua Group : Oi salah tu (hahahaha).

Sebenarnya group jasri ni terkeliru antara perkataan NISAN dengan NISSAN (jenama kereta dari jepun)....

Slps main game "pisang panas" yg penuh lawak n kontrovesi 2, apa lagi jalan2 la keliling satu pulau. Yang best kali ni, kami dpt saksikan keadaan pulau time air surut. Semua batu karang kami lihat dgn jelas.

Selepas mandi, kami terpaksa balik lebih awal dari perancangan sebab cuaca tak berapa baik. So balik la takut2 nanti tsunami or ribut ketrina melanda pula...Tapi jangan disangka langit hitam menandakan ribut & hujan, rupa2nya itu hanya lakonan alam...Cuaca kembali cerah time suda sampai di kg.... Walau apapn, puas hati juga dengan picnic ni. Perancangan....hujung tahun mau p lagi....InsyaAllah....


Yang mana satu paling macho...

senyum...

Inilah hasil tangkapan kami

Syoknya berenang

inilah ikan Peteg yg kudapt pancing...Sudah dalam perut tau

1 biji RM2...(Golongan palauuuuu)

Thursday, December 10, 2009

Memori Debat Diraja....

Debat Diraja kembali lagi. Kali ini UM jd venue utama pertandingan bprestij ini. Bila sebut pasal debat ni, teringat pula kenangan lalu bersama rakan-rakan keluarga debat UPSI. Banyak kenangan suka duka berlaku sepanjang jd ahli debat. Dan kini, aku hanya mampu melihat dari tempat jau perkembangan debat...Jauh di suduthati ini bergelora nak turun berdebat...Kepada team debat UPSI, good luck utk debat royal kali ini....

Thursday, December 3, 2009

Panggilan Pulau Burung

Tinggal 2 hari lagi aku n member2 satu surau akan pergi berpicnic di Pulau Burung. Sabtu ni,memori akan terlakar lagi bila sekali lagi kami akan melawat pulau yang penuh kenangan ini. Rasa2ny suda 3 tahun aku tidak pergi sana. Kali ni, pergi dengan muka2 baru yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke pulau ini. Doa dan harapan, semoga perkelahan ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.....Aminnnnn

Kenangan di Pulau Burung bersama my bestfriend, Imran, 2005

Wednesday, December 2, 2009

Korban di Puyut


Semangat....Sehari sebelum korban. Tersilap masa, wrong information...Sepatutnya korban dibuat esok harinya....

Gaya aerobatik seekor lembu mencium jalan

Sembelih.....Mowww...mampus aku...

Posing di hadapan lembu. (Bisik si lembu: Nasib baik aku suda diikat, kalau tidak, dah lama kutanduk budak2 ni satu-satu terutama si baju hijau ni)

Habislah bergambar 3 orang. Sape mati dulu....(karut...karut)

Bergambar dengan abg2 polis (bahagian nakotik)

Sempat juga bergambar dengan ketua polis Lahad Datu

Makan dulu....

My best freind ( Madil@ sufi2, aku, Imran n hairi)

Penatnya...Selepas korban...

Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga program korban anjuran PDRM bahagian Lahad Datu yang dibuat di kg ku....2 ekor lembu...Walaupun terlewat sehari, tapi sambut tetap hangat...Tapi sedih......tak dapat daging lembu....yang dapat pun hanyalah kulitnya untuk buat kompang....ishk...ishk....

Memori : Raya Haji yang Lepas

Beginilah suasana ketika menyerang sebuah rumah...
Wah...tekun mendengar kata-kata dari seorang tokoh sunnah puyut. Hai totong, sempat pula posing depan kemera...

Tersenyum lebar setelah puas menyerang ruma orang..


Inilah anak muridku yang ku ajar mengaji...Tapi lelaki tua bangka yang pakai baju oren tu bukan anak muridku ya...Jangan salah sangka..

Sanggup bergambar di bawah terik mentari...


Kali ni nak cite pasal raya haji yang baru je aku n semua umat Islam rayakan. Perasaan seronok sekali lagi datang bila aku berpeluang berkumpul dengan keluarga dan sahabat taulan...Namun, tahap ke-power-an raya haji tak lah setanding raya posa lepas. Mb tak ramai yang buat ruma, jendela, pagar n garaj terbuka...Agaknya dilanda kemiskinan sehingga terpaksa berjimat cermat... Aku seperti biasa akan sedaya upaya untuk menyerang mana-mana ruma yang sudi menerima kehadiran diri ini. Serang......macam2 dimakan....Segala lauk-pauk n kuih muih disumbat ke dalam perut ini...

Selamat Hari Jadi Ims

Hari ini merupakan hari jadi sahabat karibku (imran)... Semoga semua ini memberi kekuatan kepadanya dalam menempuh hidup...Semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat...

Sketsa Kehidupan
(Sempena Hari Jadi Sahabatku Imran ke-20)

2 haribulan Disember,
Hari turunmu ke bumi,
Untuk memegang sebuah watak
Menghalusi skrip kehidupan
Arahan agong yang Maha Esa.

Babak demi babak
Berlalu dan terus berlalu
Dan kini di babak ke-20
Satu watak mendampingimu
Menterjemahkan skrip ciptaan agong
Itulah aku
Yang ingin berjuang bersamamu
Menempuh sketsa penuh dugaan
Mengharungi drama penuh cabaran
Membentuk ujaran
Memeterai persahabatan
Yang punya ketulenan
Dan tinggi nilai gadaian.

Selamat hari jadi Ims…Semoga Allah merahmatimu Dan semoga kematanganmu ini Dapat menterjemah satu perjuangan suci Dalam menegakan kalimah Allah Dan mempertahankan persahabatan kita.

Tuesday, November 24, 2009

Cerpen bertajuk "CERPEN"

Cerpen

Ditulis oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Sunday, 15 November 2009


“Lagha! Sia-sia! Melekakan umat dari dalil, hujah dan ajaran agama yang sebenar.” Effendi berhujah dengan dirinya sendiri dengan penuh rasa geram. Semangat. Dia memang tidak bersetuju dengan pensyarahnya, Dr. Najwa yang ketika itu sedang menganjurkan para pelajar untuk memanfaatkan cuti semester untuk menulis cerpen.

“Jika semua pendukung sunnah terjun ke bidang cerpen dan novel, nescaya berlakulah fitnah ke atas dakwah sunnah. Bumi Malaysia akan kembali ke arah agama yang kurafat, tahayul, super mazhab, mega tareqat dan hizbiyah.” Dia berhujah lagi kepada dirinya, sambil mengangguk-angguk.

“Woi Hisyam! Anta termenung apa tu?” bisik Effendi kepada rakan yang duduk di sebelahnya.

“Ustazah Najwa tu….ana rasa kalau dia pakai contact lens tentu lagi comel. Dia pakai cermin mata tu…entahlah…nampak macam nerd. Macam prof lughatul ‘arabiyah kita yang dah senja tu” balas Hisyam yang sejak awal khusyuk memandang Dr. Najwa. Bukan sejak awal kuliah, tetapi sejak awal semester apabila Dr. Najwa ditugaskan mengajar subjek Usuluddin kepada pelajar tahun dua itu.

“Isyy anta ni! Takde kerja lain ke?”

“Kerja apa? Nak tulis cerpen memang tak minat. Nak belajar usuluddin ana sedang cari minat. Kalau dengan…” belum sempat habis Effendi sudah menyikunya. Sekalipun sahabat baik lagi berkongsi bilik asrama, mereka berdua memiliki perwatakan yang berbeza. Effendi syadid manakala Hisyam pula lebih kurang. Yang pertama bersungguh-sungguh berpegang kepada manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah manakala yang kedua berpegang kepada keseronokan hidup di alam pelajar. Yang pertama berusaha keras menyebarkan manhaj Ahlus Sunnnah manakala yang kedua berusaha keras berbalas SMS dengan sekian banyak rakan di universiti itu. Effendi tak tergamak nak tanya, rakan-rakan itu muslimin atau muslimat?

Berminat Tetapi……

“Jadi macam mana, bolehkah ana beri tugasan kepada antum semua sempena cuti perayaan selama seminggu ini untuk menulis cerpen? Setiap orang satu cerpen?” Dr. Najwa bertanya penuh harapan setelah memberi semangat kepada para pelajarnya menjadikan cerpen sebagai salah satu sarana dakwah dan islah.

“Hampir setiap media cetak menyediakan ruangan cerpen. Jangan kita biarkannya diisi dengan cerpen yang tidak mengandungi mesej agama. Atau cerpen yang amat rumit lagi complicated sehingga kita tidak faham apa mesej yang cuba disampaikan penulisnya.”

“Jangan bataskan usaha menyeru orang ramai kepada Islam dan memperbaiki tahap agama umat dengan interaksi secara berhadapan, kuliah, buku dan artikel. Gunakan medium cerpen, novel, puisi dan sajak. Pelbagaikan sarana selagi mana ia halal demi mencapai matlamat yang satu” lanjut Dr. Najwa tidak berputus asa.

Beliau memang bersemangat tinggi, bersikap positif lagi bermotivasi. Bijak lagi tajam, beliau menamatkan pengajian master dalam masa dua tahun manakala untuk meraih gelaran doktor, beliau menamatkan pengajian PhD dalam masa dua tahun lebih sedikit. Dalam tempoh itu pula, tiga novel siap diterbitkan manakala cerpen-cerpennya di pelbagai media cetak sedang dihimpunnya menjadi buku keempat.

Dalam rangka umur lewat dua puluhan, beliau sudah menjadi pensyarah yang diminati oleh para pelajar. Pengetahuan yang luas tentang apa yang diajar, kepelbagaian cara mengajar, motivasi diri yang memberi tenaga kepada pelajar lain dan kejujurannya untuk berkata “Ana tidak tahu, nanti balik ana semak” bila ditanya soalan yang tidak diketahuinya, cepat menjadikan dirinya pusat sumber para pelajar. Namun cepat juga melahirkan perasaan dengki di kalangan para pensyarah yang lain.

“Tetapi ustazah, kalau nak tulis cerpen…takkan terus-terus tulis. Perlu ada panduan, perlu ada kursus, perlu ada mentor, perlu ada guru” tanya Nadirah yang duduk di baris hadapan sekali. “Ya lah. Ustazah dulu ada hadiri mana-mana bengkel penulisan sebelum menceburi bidang ini?” sambut Azlin di sebelah Nadirah tertanya-tanya.

“Bagus! Minat sudah ada tetapi keyakinan diri masih rendah.”

“Macam mana nak tingkatkan keyakinan diri?”

“Mudah saja. Ana akan kongsikan tips-tips menulis cerpen. Alahai! Waktu sudah hendak berakhir” keluh Dr. Najwa sambil memandang jam tangan Seikonya. “Lepas ini ada kuliah…program lain, atau boleh kita lanjutkan lima belas minat untuk tips-tips penulisan cerpen?”

“Takde, tapi jom balik, jom balik” bisik Effendi kepada dirinya. Akan tetapi bisikan itu hampir-hampir tidak didengari oleh telinganya sendiri kerana suara jumhur di bilik kuliah menyahut kuat: “Boleehh!”

Tips Menulis Cerpen.

“Alhamdulillaah” sebut Dr. Najwa sambil terus ke white board, tangannya mencapai white board marker berwarna merah. “Ada lima tips asas yang perlu diketahui.”

“Pertama….” Bunyi kertas bergeseran mula kedengaran. Para pelajar bergegas menyediakan kertas untuk menyalin apa yang bakal ditulis oleh Dr. Najwa. Effendi menjeling ke kiri ke kanan. Menyampah.

“Pertama: Mesej.” Sambil beralih memandang kepada para pelajarnya, Dr. Najwa menjelaskan: “Fikirkan, pastikan apa mesej agama yang ingin disampaikan. Banyak mesej yang boleh disampaikan, tauhid, aqidah, akhlak, fiqh dan pelbagai lagi. Semuanya disampaikan dalam bentuk cerita dan drama yang bagi sesetengah pembaca ia lebih memberi kesan berbanding artikel atau buku ilmiah. Satu cerpen satu mesej. Biar satu, biar sikit, asalkan mesej sampai.”

“Boleh buat cerpen berkenaan kesalahan memakai tangkal, membetulkan salah faham pelaksanaan solat hajat berjamaah, sifat syukur, budaya tawakkal dan sebagainya. Mesej-mesej cerpen yang boleh disampaikan adalah sebanyak bab yang ada dalam Islam. Tak boleh memberi alasan tidak ada mesej yang hendak dicerpenkan.”

Melihat kebanyakan pelajarnya mengangguk-angguk, Dr. Najwa mengambil white board marker berwarna biru dan menulis: “Kedua: Pelakon dengan watak masing-masing”.

“Iaitu fikirkan siapakah yang akan menjadi pelakon dalam cerpen antum serta apakah watak yang bakal dimainkan. Guru, ustaz, pelajar, ibubapa, ayah saudara, sepupu dan seterusnya. Setiap mereka memiliki watak tersendiri….panas baran, malas, tegas, pembimbing dan sebagainya.”

“Apabila membuat cerpen, sebaik-baik ada antara tiga hingga lima pelakon. Jangan ramai-ramai kerana ia akan mengelirukan pembaca. Ingat! Kita ingin jadikan cerpen sebagai sarana dakwah dan islah di mana asas terpenting dalam usaha ini ialah permudahkanlah dan jangan menyusahkan, gembirakanlah dan jangan menakutkan.”

Sekali lagi penjelasan Dr. Najwa disambut oleh anggukan para pelajarnya. “Asas dakwah dan islah itu berdasarkan hadis riwayat siapa?”

“Tak pastilah ustazah, biasa dengar sebelum ini…” jawab Azlin yang juga duduk di kerusi paling hadapan. Dr. Najwa mengarahkan pandangannya tepat kepada Effendi. Minat Effendi dalam bidang hadis serta ketekunannya membicarakan hadis diketahui ramai, termasuk oleh Dr. Najwa. Ia adalah salah satu kelebihan Effendi dalam suasana silibus pembelajaran yang tidak sebegitu mementingkan sumber dan darjat hadis.

“Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya.”

“Alhamdulillah! Syukran jazilan Effendi. Penulisan cerpen tidak semestinya kering daripada dalil dan hujah. Boleh, bahkan bagus jika ia disertakan, hanya jadikannya dalam bentuk cerita” tambah Dr. Najwa. Walaupun bercakap secara umum, dalam hatinya ia ditujukan kepada Effendi.

Muhammad Effendi bin Muhammad Shalih lahir dari kalangan keluarga beragama. Akan tetapi agama yang lebih menjurus ke arah tareqat kesufian. Ayah Effendi bersolat sambil menghadap gambar tok guru, kerap membaca zikir yang beralun-alun dan sering menjadikan mimpinya sebagai hujah ke atas ahli keluarga.

Sejak dini Effendi kurang selesa dengan pengamalan ayahnya. Namun sekadar kurang selesa. Hatinya meronta tidak setuju tetapi lidahnya diam. Dia tidak mampu menerangkan apa yang salah, apa yang menyeleweng, sebab dirinya tidak memiliki ilmu yang cukup.

Kehadiran Effendi di sekolah agama kurang membantu, sehinggalah dia menjejak kaki ke universiti yang didudukinya sekarang. Perpustakaan yang serba lengkap menjadi tempat Effendi beriktikaf apabila sahaja dia memiliki masa lapang. Banyak buku yang dibacanya, banyak dalil yang dihafalnya, banyak hujah yang digarapnya.

Walaubagaimanapun tuntutan Islam agar anak menghormati ibubapa menyebabkan Effendi masih tercari-cari ruang yang sesuai untuk menegur ayahnya. Dalam suasana pulang sekali sekala ke kampung, masa yang ada lebih digunakan untuk mengislahkan ibu dan adik-adiknya seramai enam orang. Agaknya faktor kegagalan menegur ayahnya memberi kesan kepada Effendi sehingga dia meluahkannya – dalam bentuk ketegasan – kepada rakan-rakan sekuliah dan seasramanya.

“Ehh! Menarik juga penulisan cerpen ni ya?” tiba-tiba Hisyam menyapa sambil menegakkan posisi duduknya yang sebelum itu mengesot ke bawah. “Ana dah fikirkan dua pelakon dalam cerpen ana. Haa…ana dan Dr. Najwa. Khairul Hisyam dan Dr. Najwa binti Kamaruddin. Mesti best. Hmm…mesejnya…mesejnya…anta ada cadangan?”

“Ada. Orang yang sakit jiwa boleh dijadikan bahan kajian demi kemaslahatan ilmu perubatan. Dalam cerpen itu Dr. Najwa membawa anta ke fakulti perubatan untuk dijadikan bahan kajian. Macam tikus makmal” sahut Effendi sambil menunjukkan ke bangunan fakulti perubatan yang dapat dilihat dari bilik kuliah mereka.

“Issy! Anta ni brutallah.…tetapi menarik juga cadangan anta tu” sambut Hisyam sambil bermain dagunya.

Tips Ketiga Dan Seterusnya.

“Ketiga: Suasana atau latarbelakang.”

“Maksudnya suasana dan latarbelakang untuk kita menempatkan para pelakon dalam tips kedua tadi?” tanya Nadirah.

“Tepat sekali.”

“Suasananya satu atau lebih?”

“Boleh satu atau lebih, tetapi jangan banyak sangat kerana ia akan menyukarkan kefahaman pembaca.”

“Apa-apapun bolehlah ya ustazah…rumah, sekolah, pejabat, pasaraya, tepi jalan, tepi pantai, bilik kuliah?” tanya Azlin. Sekalipun sudah meraih gelaran doktor, Najwa lebih selesa dengan gelaran ustazah. Bimbang gelaran tertentu secara bawah sedar akan menaikkan ego sehingga menjadikan dirinya angkuh lagi sombong. Bahkan kalau boleh jangan dipanggil ustazah, panggil saja ukhti. Lebih akrab. Namun protokol universiti memestikan para pensyarah dihormati dengan gelaran tertentu.

“Keempat: Jalan cerita” catat Dr. Najwa dengan white board marker berwarna hijau setelah sebelumnya berwarna hitam. “Jalan cerita terbahagi kepada tiga, iaitu permulaan, badan dan penutup. Pastikan permulaan cerpen, iaitu dua tiga perenggan yang pertama adalah menarik supaya ia dapat mengikat para pembaca untuk terus bersama cerpen antum hingga akhir. Jika dua tiga perenggan pertama membosankan atau mengelirukan, para pembaca akan terus menyelak ke mukasurat lain.”

“Badan atau body merupakan tempat mesej yang difikirkan semasa tips pertama diterjemahkan ke dalam bentuk cerita. Penutup pula ialah kesimpulan dari mesej yang ingin antum sampaikan. Pastikan ia dapat memberi kesan kepada hati atau pemikiran para pembaca.”
Sementara yang lain mengangguk-angguk, Nadirah mengangkat pen Pilotnya: “Macam mana kita nak capai pembuka yang menarik dan penutup yang memberi kesan?”

“Petua yang paling berkesan ialah banyakkan membaca cerpen. Sambil membaca perhatikan bagaimana penulisnya menyusun pembuka, badan dan penutup. Selain itu sebelum memulakan penulisan, sediakan kerangka jalan cerita di atas sebuah kertas. Malah catat juga di atas kertas itu mesej, para pelakon, watak dan suasana serta latar belakang. Ini penting supaya ketika menulis, mesej tidak tersasar dan pelakon tidak bertindih watak. Apabila semuanya telah di rangka dengan baik, barulah mulakan penulisan di atas komputer.”

“Sekali lagi ana tekankan, permudahkan. Jangan jadikan cerpen antum medan untuk menunjuk-nunjuk kehebatan sastra masing-masing. Susun perkataan, ayat dan jalan cerita agar ia mudah difahami. Dalam sebuah hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang hasan, A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa: “Rasulullah s.a.w. tidak berbicara cepat seperti kalian berbicara. Baginda berbicara dengan perbicaraan yang ada pemisah di antaranya sehingga orang yang mendengar akan dapat menghafalnya.”

“Haa…nampak dah. Syukran jazilan ustazah” jawab Nadirah. Kelihatan di antara semua pelajar, dialah yang paling bersemangat untuk meneroka sesuatu yang baru ini. Diikuti oleh Azlin. Demikianlah kebiasaan dalam satu kumpulan, yang terserlah hanya seorang dua. Sebutir dua berlian di antara butiran kaca yang banyak.

“Bila nak menulis tu ada petua tertentu? Seperti menghadap kiblat, ambil wudhu’, bab selawat sekian-sekian, makan kismis…?” giliran Azlin pula bertanya.

“Setahu ustazah tidak ada anjuran sedemikian dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Jika tidak ada, ustazah tidak mengamalkannya dan tidak menggalakkan antum mengamalkannya.”

“Syukran jazilan ustazah.”

“Ada apa-apa soalan lain? Jika tidak, itulah empat tips penulisan cerpen.”

Assalamu’alaikum Ustazah.

“Assalamu’alaikum ustazah!” tiba-tiba Effendi mengangkat tangannya, ingin bertanya sesuatu. Dia memulakannya dengan ucapan salam mengingatkan pesan Rasulullah s.a.w. yang dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Shahihah, no: 816: “(Ucapkanlah) salam sebelum bertanya. Sesiapa yang bertanya kepada kamu (sesuatu) sebelum mengucapkan salam (terlebih dahulu) maka janganlah kamu menjawab (soalan itu).”

“Wa’alaikumussalam Effendi. Silakan...”

“Awal tadi ustazah kata ada lima tips. Setakat ini di white board hanya ada empat tips. Apakah yang kelima?”

“Syukran jazilan Effendi. Sengaja ana nak uji sama ada antum semua terjaga atau terlena, berminat atau bosan untuk mengetahuinya” jawab Dr. Najwa dengan jam Orient di dinding bilik kuliah sudah menunjukkan waktu empat petang.

“Kelima: Taburkan sedikit garam.”

“Haa?” beberapa nada tanya kedengaran.

“Tanpa garam, masakan akan tawar, mendatar. Taburkan sedikit garam, ia menjadi lebih berperisa, lebih sedap. Namun jangan terlebih garam kerana ia akan menjadi masin, tak termakan. Bahkan boleh menyebabkan penyakit darah tinggi.”

“Maka apabila menulis, tambahkan sedikit adegan sampingan untuk menjadikan cerpen antum lebih menarik. Jika tidak ia akan mendatar dan membosankan. Adegan sampingan itu tidak semestinya memiliki mesej di sebaliknya, ia sekadar mengindahkan apa yang cantik. Umpama garam kepada masakan yang istimewa.”

“Apa dan bagaimana adegan sampingan itu, ana serahkan kepada daya kreatif antum sekalian.”

“Syukran jazilan ustazah” balas Effendi. Benarlah kata pepatah arab yang bermaksud
“Kejahilan adalah musuh seseorang”. Jahil tentang cerpen, Effendi pada awal memusuhinya.

Namun setelah mendengar penjelasan Dr. Najwa, sekalipun dengan pendengaran yang bercampur bantahan, Effendi mula minat ke arahnya. Teringin untuk mencuba.

“Hisyam! Malam ini ana pinjam laptop anta? Ana nak try menulis cerpenlah”

“Mana boleh. Ana sendiripun dah gian nak menulis ni.”

“Ana dululah menulis. Anta ingat tak ayah ana yang ana cuba nak tegur tetapi tak tertegur tu?”

“Ya, ya…?”

“Ana baru teringat yang dia juga suka membaca cerpen-cerpen di akhbar dan majalah. Ana rasa ada ruang di sini untuk ana menegurnya dalam bentuk penulisan cerpen. Ana tulis, kemudian buat-buat suruh dia semak dan beri komen. Secara tak langsung ana dapat menyampaikan teguran dan nasihat kepadanya.”

“Anta memang bijak. OK, teruskan. Tetapi esok giliran ana ya!” sokong Hisyam kepada Effendi.

Wednesday, November 18, 2009

SPM/STPM : Semoga Berjaya


Semoga berjaya kepada adik2 ku yang mengambil SPM & STPM tahun ni. Buat yang terbaik....

Wednesday, November 11, 2009

Insan Bernama Faiezi


Kali ni, nak bawa semua pembaca blogku mengenali seorang insan yang sangat saya segani semasa bjar kat UPSI. Itulah dia Hairul Faiezi Lokman budak pend moral juga pljr paling popular di upsi kerana kepetahan berkata2 n kepimpinannya. Nak tau, faeizi lah pelajar semenanjung pertama yg aku kenal semasa mula2 smp di UPSI dulu. Masa jumpa di, rasa2 cam kita org ada chemistry...juga sama2 minat dalam dunia pengucapan awam.
Dialah juga yang mendorong aku masuk kelab debat...mengajar n memberi banyak sokongan...Wlpn penutupnya dlm kelab debat UPSI tak berapa happy ending, tapi aku ttp selut dgn lelaki ni...
Tak hairanlah klu dia sering dapat banyak anugerah xpecily time anugerah ketrampilan pljr, dia dapat anugerah utama (Anugerah Naib Canselor)..
Wlpn da berjauhan, tapi semangat persahabatannya masih lagi terasa. Rasa bagai baru semalam aku bersamanya, bergurau, berduka, berlahar n bersandiwara dan kini semua itu tinggal kenangan. Ku harap semoga sahabat ini berjaya dalam kehidupannya dunia n akhirat.

Tuesday, November 10, 2009

Kartun oh kartun





Baca ja blog Nurul Nadia Che Rahim (kawe yg skema), trus tangan ini ligat nak buat entri pasal kartun. So, kupilih tajuk simpel ja (kartun oh kartun). Saja nak tengok, kartun mana yang paling aku suka sekali. Mula2 sekali, p image, cari gambar kartun yang berkenaan. Pas 2 edit sikit n post ke dlm blog. jeng...jeng...hasilnya (tengokla di atas).
Kartun Melayu
1. Upin Ipin
2. Usop Sontorian
3. Keluang Man
Kartun Jepun
1. Slam Dunk
2. Ninja Boy
3. Prince tennis
Kartun Barat
1. Spongbob
2. Oggy
3. Tom & Jerry
Kadang kala ingat juga masa kecil2 dulu. Bila ada kartun ja di TV, akula orangnya yang pertama sekali duduk depan. Tu la sampai pakai spek muda2 lagi (ceh...alasan). Apa2 pn, jangan sampai leka dengan hiburan ni. Cukup sekadar suka2 dah kira memadai la 2.

Sunday, November 8, 2009

Ewan + Masni = Selamat Bertunang


Wah....bestnya...Rasanya baru je buat entri pasal kawin, kawan sekampung ni pula da bertunang...tahniah... tahniah... Nanti cpat2 kahwin ye.

Walaupun dua2nya masih muda belia, tapi aku yakin mesti bahagia punya...Sorila, ndak dapat p masa bertunang...Insyallah, nanti masa kahwin baru pergi bawa 1 rombongan bebudak surau. hehehehe...

Apa-apa pn, tahniah untuk Ewan n masni...

Tuesday, November 3, 2009

24 tahun

Rupa2ny aku suda masuk ke usia 24 tahun...terima kasih pada keluarga n rakan2 yang masih mengingati tarikh keramat 3 November, hari aku diturunkan ke dunia. Itu perkiraan bulan gregory. Tapi dalam perkiraan bulan hijriah, aku lahir 19 Safar... Apa2 pun aku menghargai anda semua. semoga usia kematangaku ini dapat meruba diriku kearah lebih baik.

Thursday, October 22, 2009

kahwin Muda...Argh.......

Rakan 1 : Datu ko da ada yang punya?
Aku : Biarla rahsia (pinjam kata2 Ct Nurhaliza)
Rakan 1 : Ko mau kahwin
Aku : Aku...nak juga, tapi tak sedia lagi...eh...cantiknya kereta 2. (saja tukar topik)

aku, klu cite pasal kahwin ni, suka dengar juga, but klu masuk "aku nak kahwin", tak nak bincang dululah...Tapi ramai yang desak suru kahwin...ingat aku ni dah telajak sangat ka??? sabar, sabar...

Eh, apa ni, entri pasal kahwin pula. Ala, bukan apa, nak bawa para pembaca untuk menyelamai isu kaahwin muda ni. Mb kesan tengok satu perkahwinan di kg ku yg pasangannya masih muda belia. Lelaki umur 14 thn (da baligh ke?) n pompuan 15 tahun...Ala, kahwin pilihan keluarga, tapi patutka begitu. Sebab ku lihat, kedua2 pengantin macam tak setuju je. Apa ni....apa yg da jadi ni...Tapi hakikatnya, kahwin muda yang tak di pilih keluarga pn dah jadi trend. Kawan2 aku saja, dah ramai yang kahwin muda...Tapi yang sedihnya macam tak syok je... Bulan pertama n kedua ok je, but masuk bulan2 seterusnya da tak berapa sehaluan.

Rakan 2 : Biasala datu, pemikiran tak matang.
Rakan 3 : Entah lah, sukar nak diramal...(oi, apa yang nak ramal2 ni)

Tapi bagi aku, perkara ni ada pro n kontra. Pro ny sebenarnya datang dari kita sendiri...kena pandai fikir walaupun fikiran belum matang. Mb, dengan kahwin muda, fikiran kita akan jadi matang kerana terpaksa berdepan dengan masalah yang bersangkut paut ttg keluarga.

Rakan 1 : Si ***** tu kahwin muda! habislah, hilanglah keseronokan hidup bujang..
Rakan 2 : Best apa kahwin muda. Dapat rasai nikmat hidup, hehehe (tersenyum kambing,

fikir bukan2 la tu).

Kahwin ni memang satu sunnah nabi. Kita dapat menyambung generasi kita agar tidak hilang... Tapi, kadangkala, kita sering fikir nikmat saja, tapi kesan jangka panjang kita tidak fikir langsung. Perlu fikir dari beberapa sudut.

Rakan 1 : Datu, apa pendapatmu pasal kahwin?
Aku
: Bagi aku, yang penting lihat ekonomi dulu, cukup ka utk tampung keluanga. Jangan
harap mak bapak n bapak mak mertua. Biarla si lelaki (paling utama) ada pekerjaan.
Rakan 1 : iya ke?
Aku
: mestilah. tapi perkara yang paling penting mestilah agama. camna na bimbing
keluarga klu agama masih tunggang langgang. tidak cukup hanya sekadar ikut kursus
kahwin n terus kahwin.
Rakan 1 : Oh....iya ke (mulut ternganga, khusyuk)
Aku : Kita perlu bagi nafkah pada keluarga zahir dan batin. Agar keluarga jadi harmoni.
Rakan 1 : Oh begitu....

Kesimpulannya, terpulang pada diri kita. Kahwin muda tak salah klu kena pada tempatnya.


sekadar gambar hiasan

Kali ke II

TAHNIAH!
Anda berjaya di panggil temu duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Keluaran IPTA Sesi Okt/Nov 2009

Itulah pemberitahuan yg kuterima hari ini...Ertinya perkara ini sudah 2 kali berulang. Entahlah, perasaan gembira ada, perasaan sedih pun ada (fokus...fokus datu....tinggalkan segala apa yang telah berlalu...ok...) Sekarang, aku mst berusaha...banyak perkara yang telah kulalui. so, langkah awal utk temuduga ini, urus pasal dokumen n maklumat diri dulu. Minta cop apa yang patut.
Kali ni, aku mesti serius...kadangkala teringat juga kenangan time temuduga dengan inra n ibnas pun ikut ms 2...tapi, kini aku terpaksa bergerak n berjalan sendiri. Tiada lagi teman rapat yang menemani melainkan diri ini...

Ya Allah, biarlah KALI KE 2 ini memberikan khabar gembira. Biar tidak ada KALI KE 3.....



Wednesday, October 21, 2009

Terima Kasih....Sahabat....


Terima kasih kuucapkan kepada semua kerana masih sudi memberikan kata perangsang kepadaku untuk terus mara ke hadapan. Walaupun sekarang masih terkesima, namun, kita yang merancang, Allah yang menentukkan.

Ketahuilah, aku masih kuat untuk itu semua...Dan semoga sahabat2 ku yang bertuah, dapat mensyukuri apa yang telah diperoleh. Dan kepada sahabat2 yg senasib denganku, jangan putus asa...Kita masih berada di landasan perguruaan. Jangan kecewa dengan ujian permulaan ini. Kerna, selepas ini, akan banyak menyusur ujian getir dalam dunia pendidikan yang kita pilih ini.

Kepada rakan2 ku, ku hargai segala nasihat yang kuterima, tak kira melalui msg, email, comment, n tel. Antara mesej sokongan yang kuterima:

Inra : I harap uol jgn pth smgt n msti kutkan ht, i tau brat mta memandang brt g bhu memikul. i yakin msti ada hikmah ats sume yb blaku. i doakan yg tbaik utk sumer.
Yuszaiman: harap trma ujian ni, sumer de rzki, beza cpt n lmbt je.

Yati : x pa ba. ko dpt ja nanti 2.

Ashiq : Datu saber yek, ash doakan semoga dapat posting juga.

Faizi : Datu banyak bersabar ya...

Oja : Kuat kan semangat datu, kita tau datu kuat...

dan ramai lagilah....Terima kasih semua... terima kasih and terima kasih

Tuesday, October 20, 2009

Penantian....


Aku akan terus menanti...
menanti....
dan terus menanti....
Insyallah, kejayaan pasti akan tiba...
kegembiraan pasti akan menjelma...
Hanya Allah yang menentukannya...

Monday, October 19, 2009

Kesedihan...Menerkam...Diri


Mungkin tidak disangka aku terpaksa bersedih kerana kegagalan yang menimpa diri...Biarla ku rembeskan kesedihan di dalam diriku...Namun ku yakin, semua itu ada hikmah disebaliknya. Aku pasrah dengan semua itu. Semoga hari-hari esok memberikan sinar baru untukku terus bangun menggapai cita-cita yang diimpikan...Insyallah....

Saturday, October 10, 2009

Futsal...futsal...futsal....


9hb oktb, setelah sudah lama tidak main futsal, akhirnya aku n kekawan surau dapat main futsal juga. Itupun dapat sponser dari Totong (org kuat surau) yang dapat untung sikit dlm pekerjaannya.... Booking gelanggang jam 10 malam tapi bertolak dari kg lebih kurang jam 9.10 minit. Maknanya ada 50minit nak tunggu giliran baru dapat main. tapi xsited punya pasal, kami tak kesah walaupun tunggu lama.
Masa nak p gelanggang 2, hujan turun dengan lebat...lebat sangat...memandangkan semua pun da tak sabar, apa lagi reda je... Naik bas lain hal. disebabkan terlebih muatan, terpaksalah aku n 6 kawanku yang lain ikut trip ke2. Bagi adik2 dulu. Malam 2 kami ada 20 org...
Sampai di gelanggang Futsal Sabah Baru yang cantik n indah (sebab baru buat), aku n beberapa kawan2ku terasa jakun pula...kaki ini tidak sabar nak menyepak bola di atas permaidani khas gelanggang futsal. macam terasa mimpi je dapat main malam 2. Namun yang seronoknya, dapat main pula dengan member sesurau yang 1 kepala. Apa lagi, gamatla gelanggang 2...Walaupun ada beberapa member ni pakai kaki ayam je (tidak perna dibuat orang), tapi disebabkan kegilaan menguasai diri, dibantai jugak....
Buat kawan2 semua, kenangan ini akan kita abadikan dan insyallah kita akan main lagi bersama-sama.