Thursday, July 30, 2009

Sajakku Masuk Paper (Berita Harian)

Setelah sudah lama tak hantar sajak, akhirnya sajakku dapat masuk paper Berita Harian bertarikh 25/07/2009 (sabtu)...


TERPANAH DADAH DURJANA

Jahil menangkap minda
memerangkap pembentuk penjara maruah
menterjemah sebuah watak derita
menghancurkan hidup ceria
meranapkan impian dijulang
lantaran dadah bermahkota durjana.

Usahlah dipandang lagi
kebodohan yang bermaharajalela
angkara dadah pembunuh
melumat segala suka
menjelmakan kepayahan yang dicari sendiri
bahana kekhilafan yang mencengkam diri.

Kini, lancarkan sebuah perang
di medan globalisasi
mencairkan segala sengsara
bersenjatakan ilmu yang dijana
berhunuskan pedang pengetahuan
agar lumat segala dadah penoda
yang selama ini
mencorak mewarnai diri remaja
melakari jiwa belia watan.

Bersatulah mencanai minda
membentuk madani benci dadah
dengan memanah segala bahaya
menghala tepat ke busar si durjana
dan lakarkan sebuah kemenangan hakiki
menjulang bendera kemurniaan diri.

Cantaskanlah segala ranting nikotin
keratkanlah segala dahan heroin
cabutkanlah jalaran akar syabu
lalu menggugurkan dedaun ganja
agar tumbuh pohon generasi yang sihat
daripada baja dadah yang meracunkan.

IMRAMLEE AMIR HUSSIN
Fakulti Bahasa - Upsi
berita harian 25/07/2009

1001 Kisah Masa Aku Temuduga

Setelah 2 hari berkampung di KK, akhirnya, selesai juga satu cabaran dalam hidupku iaitu temuduga untuk Guru Sandaran Terlatih. Walaupun inilah pertama kali aku ditemuduga, namun aku bersyukur kerana dapat menghadapinya dengan tenang dan mudah.

Cabaran??? ya, sebelum temuduga, aku terpaksa berkelam kabut nak minta pengesahan sijil2ku. Almaklumlah, surat lambat sampai. Bayangkan, surat sampai hari jumaat, so, hanya hari 2 ja dapat berurusan utk dapatkan cop itu ini, sabtu n ahad pejabat cuti. Isnin pula terpaksa bertolak ke KK. So, petang Jumaat 2, bertemankan kawanku, Ims, aku menyettelkan urusan itu...

Masa d KK pula, satu hal...Kami bertiga (aku, Inra n Ibnas) kurang arif dengan tempat yg namanya Kota Kinabalu. Bukan apa, lama da x dtg KK, n skrg KK pun bukan mcm dulu, dah bnyk berubah...Kami menginap di hotel Treveller. But, yg jadi masalah yg tidak dpt dikesan, rupa2ny hotel 2, xde perkhidmatan setereka. So, terpaksala pergi dari hotel ke hotel mencari setereka. Lama jgk cari setereka ni, bab, majoriti hotel2 di sekitar itu tiada setereka...pelikkan... Tapi alhamdulullah, cari punya cari akhirnya dapat juga... kena cas RM3...

Cabaran datang lagi masa mau p pusat temuduga (Poli KK). Ikut teksi yang pemandunya x tau tempat. Tekanan juga aku n Inra. Dah lah masa 2 hujan lebat dan Jem, dapat pula pemandu teksi yang X#@$^^... Sampai di poli, ngam2 baru stat. Mungkin klu lewat beberapa minit, mesti kami tidak dibenarkan ikut ujian INSAK.

Masa temuduga, aku dapat panel 2, panel paling lambat banding panel yang lain. aku orang ke9. Rasanya lbh kurang stgh jm juga aku ditemuduga oleh 2 org pegawai. 1 melayu n satu org lagi Cina. Antara soalan yg ditnya:
1. Penglibatan kokum
2. Tentang pengucapan awam
3. Isu guru lelaki di pedalaman
4. Isu ICT
5. Isu internet dalam kalangan pelajar
6. Skim bantuan

Alhamdulillah, dpt respon positif dr penemuduga n kata aku seorang yang YAKIN, BERANI, GURU SEJATI n dapat ucapan TAHNIAH....Kira berjayalahh...So, itu sajalah kisah ttg temudugaku....WSLMmmmm

Monday, July 20, 2009

Minggu Penghayatan Israk Mikraj (MIPIM)

INFO ISRAK MIKRAJ

Tiba saja 27 Rejab, maka umat Islam akan mengimbau kembali lipatan sejarah yang telah berlaku pada tahun ke-11 selepas kerasulan Nabi dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi ke kota Madinah. Bukti kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah telah berlaku dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya nabi di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu singkat.

Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :

سُبْحَانَ الَّذِى أَسْرَى بعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ اْلمَسْجِدِ الْحَرَامِ إلَى الْمَسْجِدِ اْلأَقْصَاالَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ
Maksudnya :
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.


Demikianlah serba sedikit Info tentang Israk Mikraj. Banyak hikmah tersurat dan tersirat yang terkandung dalam peristiwa ini. Antaranya, perintah mengerjakan solat yang sebelum ini sebanyak 50 waktu dan akhirnya menjadi 5 waktu. Rugilah klu kita yang mengaku sebagai seorang muslim, langsung tidak mengetahui keberadaan peristiwa ini. Semoga Allah memberi kita keredhaan dalam melakukan amalan.


PROGRAM

Belia Nurul Hilal di bawah biro keagamaan dan kerohanian akan mengadakan Minggu Penghayatan Israk Mikraj bermula 20hb ni. Antara aktiviti yang dijalankan seperti:
1. Ceramah oleh Ustaz Sudirman Haji Salleh, Pegawai Jaheais yang bertajuk, ISRAK MIKRAJ : 1001 RAHSIA
2. Pertandingan Kuiz
3. Pertandingan Mewarna

Sunday, July 19, 2009

Logo Baru Belia Nurul Hilal


Setelah lebih kurang 2 bulan bergiat aktif sbg ahli jawatankuasa tertinggi belia, akhirnya belia kami berjaya buat banyak program mingguan n bulanan. n now, di atas merupakan logo belia hsl sentuhan aku sendiri. Ala, simple ja...But, logo 2 bermesej....

Wednesday, July 8, 2009

Kem Remaja Islam (KRIS) ke-4: Tinggalkan kenangan Indah








Selepas MKI, terus je aku berkampung d SMK Sepagaya 4 hari 3 malam sebab start suda KRIS ke-4. Cerita tentang kris memang banyak kenangan ditinggalkan. First dapat jumpa adik2 dari seluruh sekolah di daerah Lahad Datu n kunak dan juga dapat berkenalan dengan mahasiswa dari Lahad Datu, Kunak, Sandakan n tawau. Rasanya kali ini KRIS lebih best banding taun lps. Pengisian pun berbeza.

Kris tahun ini perkenalkan konsep 4 alam (rahim, dunia, barzakh n akhirat). Seperti tahun lps, tugasku masih dalam eksekutif disiplin n keselamatan sebagai ketua. Kalau mau tau, aku terpaksa mengubah diriku menjadi watak paling garang dalam program ni. Almaklumlah ajk disiplin.

Hari pertama n hari kedua, aku memang garang gila (Berlakon...) Spy budak2 lbh berdisiplin... Mau tahu, budak2 memang takut giler dgn aku. Klu boleh budak2 tu tidak mau bersemuka dgn aku sms program 2. Apa tidaknya, klu buat salah n lambat sikit, terus dijeritkan oleh vokal ku yang mantap ini. Yang mau termenangis pn ada. Memang dibenci giler la aku masa program ni...

But, masa hari ketiga, darjah kegarangan ku kuturunkan...Aku pn tak maula juga di cop abang fasi yang paling ganazzz...So aku ambil peluang la rapat2 dengan peserta dgn harapan dapat menjalinkan hubungan mesra...(ops...jgn fikir bukan2 pula ya). Alhamdulillah, diorang nampak sifatku yang sebenar (peramah, baik hati, periang, n carrying) cis...angkat bakul bawa sendiri... taubat..taubat, nanti riak namanya. Ada satu peserta 2 aku terdengarlah kata-katanya tentang aku. Dia kata: "rupa-rupanya abang ni baik juga ya. Sporting..." terus melebar senyuman ku time itu.

Hinggalah hari terakhir, hari yang sangat menyedihkan kerana terpaksa berpisah dengan semua warga KRIS ke-4. Masa 2, terharu juga bila bersalam-salaman. Yang paling mengharukan hatiku masa bersalam dengan 2 member ku yang body mereka besar2 si Suds n Adi...Begitu juga dengan adik2 mentee ku iaitu kumpulan UM. Tak tahan air mata jantanku berguguran...Hilang macho ku masa 2. Ala buat apa mau kontrol, bab, masa 2 pn, majoriti semua org menitiskan air mata. So, seri la...

Harapan...semoga di panjang umur dapat join KRIS ke 5 tahun hadapan n thn2 akan datang...Aminnnn