Sunday, May 31, 2009

Usai sudah Minggu Kesenian Islam (MKI)

Rasanya, hampir sebulan lebih aku tidak mengusik blog ku. Mb sibuk dengan program di surau n jd "ustaz" ngajar bebudak mengaji n buka kelas tajwid. Alhamdulillah, bebudak makin ramai, kira-kira hampir 100 orang. Tapi jenuh juga ngajar bebudak yang terlalu ramai. Kadang kala, terpaksa balik lewat n tidur di surau. Syukurlah ada member2 yang sudi bantu mengajar. Aku n Ustaz Imran Yusuf yang ngajar budak2 tu n kami bahagi bahagi 2, aku ngajar bebudak lelaki n kelas tajwid manakala ustaz imran plk ngajar bebudak pompuan. Itu berkaitan dgn hal2 pengajian yang dibuat di kg ku.
Kali ini, mau bg tau la yang kg ku buat program Minggu Kesenian Islam 7hb-10hb jun yg lepas. Alhamdulillah, sangat meriah n dpt sambutan yang menggalakkan. Org kg pn bagi support, duit n makanan. Rasanya, itulah satu dakwah utk org kg spy diorang ni selalu datang surau. Bukan itu saja, slps program 2, makin ramai budak2, n belia2 datang p surau. Program itu dimulakan dengan gotong royong perdana (Ahad), Pertandingan azan, n bacaan fatihah (Isnin), Pertandingan nasyid n kompang (selasa). Malam hari rabu, Majlis Penutupan n penyampaian hadiah di buat. Masa 2, aku di suruh berucap sebagai pengarah program n wakil belia. Bedebar juga...Akhir sekali, jamuan dibuat n semua orang dapat makan dengan kenyang...so...itu jala cite tentang MKI... Insyallah, akan menyusur lagi macam2 program...

Saturday, May 30, 2009

Minggu Kesenian Islam


MINGGU KESENIAN ISLAM satu minggu khas yang dibuat di surauku. Ini merupakan progrm yg dibuat oleh bebudak belia surauku. Dibuat time budak2 sek cuti. Banyaklah aktv n pertandingan yang dibuat:
1. Pertandingan Kompang
2. Pertandingan Nasyid
3. Pertandingan Azan
4. Pertandingan alunan Al Fatihah
5. Banyak lagilah.
Aku harap program ini berjalan lancar...Aminnnnnn

Belia Surau Nurul Hilal



Kali ini, aku mau citelah tentang satu belia yang ku join di kg ku iaitu BELIA SURAU NURUL HILAL. Belia ni ditubuhkan atas buah fikiran kami bebudak surau dan insyallah akan didaftarkan dalam kelab belia dan Jakim. Setelah melalui proses pilihan raya akhirnya aku dilantik sebagai naib pengerusi...hehehe...Memang kami organisasi betul2 belia ni...8 biro ditubuhkan tau:
1. Biro Keagamaan dan Kerohanian
2. Biro Kesenian
3. Biro Sukan
4. Biro Akademik
5. Biro Perhubungan
6. Biro Disiplin dan Keselamatan
7. Biro Kebersihan dan Keceriaan
8. Biro Muslimah
Selain itu, mau bagi tau juga, belia ini telah merangka pelbagai aktiviti cam:
1. Pelancaran Kelab Rakan Surau dan Rakan Kids Surau
2. Minggu Kesenian Islam
3. Minggu Kesenian Jawi
4. Smart Solat
5. Kem Nurul Hilal
6. dan banyak lagi....
Semua program ini dijangka akan dijalankan sebelum posa. Insyallah...

Thursday, May 28, 2009

Memori Si Kancil Merah

Bila mengingatkan pasal kerata kancil merah, mesti aku terkenang kembali memori yang tidak dapat kulupakan di kepala otakku. Masa 2, time aku praktikum....Sebelum cite pasal pristiwa 2, mau bagitaula cite serba sedikit tentang kite kancil merah 2. Kite 2 milik kawanku berpraktikum (Ida). Kite 2 la yang bnyk berjasa menghantar kami pulang dan balik dari SMK Bidor ke rumah. Ingat lagi sebelum peristiwa itu, ku smpt ckp kite kancil ini bnyk beri kenangan dengan kami semua....

Selepas ja, kututurkan bicara keramat itu, nak tau apa yang terjadi......kereta kancil merah yang masa 2 tengah membawa kami berempat (aku, Inra, Ida n Ain) terbabas lalu merempuh bukit kecil, pagar batu n besi n akhir sekali menceca pokok kelapa sawit (entah sape punya). Kami kemalangan tau masa 2. Inra n Ain cerdera ringan di kepala, n aku terkehel sedikit kaki n Ida Alhamdulillah xde apa2.


Perasaan....fuhyoooo....bergegar tau...Rasa2 macam nak mati je.. Bayangkanlah, kite tu terbang ke udara sebelum terbabas mengena bermacam-macam halangan yang wujud ditempat itu...Nasib baik je masa 2 masih tak nampak kelibat malaikatul maut....Kalau tak.....Selepas kejadian ngeri 2, bila terpandang ja keta kancil mera, mesti aku terkenangkan segala memoriku masa berpraktikum...K la itu saja yang dapat ku nukilkan untuk tatapan sape2 yang sudi baca blogku ini....Selepas ini akan menyusur lagi cite sensasi tentang diriku dan kehidupanku..ok....Nantikan...
Inilah keadaan masa kemalangan itu...Betul tau, tak tipu...

Tuesday, May 26, 2009

Sajak : Suara Ribut




SUARA RIBUT

Hiruk-pikuk pokok menerjah mergastua
Petanda ribut akan menjerit
Membongkar kelantangan vokal kemarahan
Digerakkan Yang Maha Kuasa

Ketika manusia leka
Membaurkan perut bumi
Menoda mencemar alam
Hilang hadangan lindungan hidup
Yang tinggal adalah kesakitan
Di sebalik sebuah nama;
Kemegahan Pembangunan

Ketika suara ribut berkumandang
Memekik memikul amaran
Menghancurkan manusia tanpa batasan
Tak kira yang bersalah
Tak kira yang tidak berdosa
Semua ranap menyembah bumi
Bersama menyapu pembangunan
Yang dimegah-megah
Dalam sekelip mata....

###Sajak ini dah lama kucipta. Tapi memandangkan aku baru terdengar satu berita tentang ribut yang dashyat mengorbankan 100 lbh orang di Bangladesh n India, so, ku kepilkanlah sajak ini sebagai tatapan....Harapan, agar mangsa2 ribut bersabar dengan ujian Allah SWT ini.

Buku Puisiku Yang Pertama: Antologi Puisi CERITERA PERSAHABATAN



Inilah kulit depan bukuku, insyallah.... yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Buku ini merupakan antologi puisi tentang dunia persahabatan ku bersama rakan-rakan yang kukenali tidak kira semasa di UPSI, ketika berpraktikum, ketika zaman sekolah dan kawan di kampung. Uniknya buku ini menghimpunkan sajak-sajak terpilih yang sememangnya mempunyai nilai dan ceritanya tersendiri. Antara sajak yang termuat dalam antalogi puisi Ceritera Persahabatan seperti:

-Makna persahabatan
-Maafkan aku sahabat
-Sketsa kehidupan
-Abadi sebuah persahabatan
- dan banyak lagi....

TUNGGU KEMUNCULAN BUKU INI....Khas buat rakan-rakan semua...

Saturday, May 23, 2009

SAJAK : Guru Terbaik


GURU TERBAIK

Dari sebuah hati kecil,
Menyampaikan salam kemaafan,
Andai gagal dalam perjuangan,
Memerangi kenakalan kalian,
Dalam mencanting corak pengetahuan.

Aku...
Bukanlah guru terbaik,
Bukan juga punya bicara sakti,
Membolak-balikkan ribuan hati,
Hitam menjadi putih,
Dan aku sekadar guru muda,
Yang bergelar insan biasa
Hanya mampu memberi secebis pedoman,
Dalam mendaki gunung impian.

Dari kedegilan yang kalian ciptakan,
Tidak akan menghidupkan lentera kebencianku,
Dari kemalasan yang kalian taburkan,
Akan mencambahkan benih kesungguhanku,
Kerana sayang dan kasih kepada kalian,
Takkan luntur dan hancur.
Namun hanya yang kupinta,
Sedikit ruang dan peluang,
Untuk menjadi guru yang baik,
Walaupun bukan yang
terbaik.




***Sajak ini khas kutujukan pd pelajarku terutama (1 Anggun & 1 Bakti).....

Memori : Bersama Students




my students d SMK Bidor Perak...

Masa berlalu pergi...Skrg ni tgh duduk rumah, almaklumlah cuti...Namun, kadangkala teringat juga students yang tidak abis2 mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada aku...wah ingat juga budak2 tu dgn aku ya...Siap tepon mau ucap secara live pun ada juga...layan ja...klu x dilayan dicakap sombong pula. Tapi yang mendebarkan 2, siap berbicara dengan kakak punya student pula...fuh...kadangkala macam melebih pula students2 ni bila dilayan. tak pa la....sekali sekala.hehehe...


Tapi untuk kali ini...aku mau tulislah memoriku masa ngajar di SMK Bidor yang penuh kenangan SUKA, DUKA, BAHAGIA n MEMILUKAN....

Bila ingat pasal student...ku fokus cite ni dengan 3 kelas yang ku ajar, 1 Anggun, 1 Bakti, 1 Elit... Kelas 1 Elit (yang ku ajar geografi) tidaklah memberi banyak problam pd ku. But...bila ingat kelas 1 Anggun n 1 Bakti( yang ku ajar BM)....fuh....bebulu idung tau...Macam-macam karena yang ada di dalam kelas ni... Semua cikgu2 pn tertewas dengan kelas2 ni...Tapi, Alhamdulillah aku ja yang bertahan. Walaupun pelbagai pendekatan n strategik yang aku guna, tapi tidak makan diajar juga budak2 tu. Hinggalah ada satu tahap pada suatu hari, tanganku ini pernah melibaskan sebatang rotan ke tangan n punggung bebudak ini n tidak kurang juga ada yang merasa penampor hebat dari guru muda ini. Nasib baik tak masuk media n kena saman. Klu tidak mesti masuk paper SEORANG GURU PRAKTIKUM UPSI MENAMPOR STUDENTS DENGAN PENUH EMOSI....

Tapi semua itu tinggal kenangan...Entahlah bilalah agaknya dapat jumpa budak2 tu lagi. Walaupun pernah rotan n tampor, bebudak tu tak pula berdendam dengan aku. BUKTINYA...masa last praktikum, dioranglah yang nangis2 tak mau lepaskan aku...Siap bagi hadiah lagi 2. Diorang cakap (bukan aku cakap) aku ni cikgu SPORTING, HENSEM, BERDIDIKASI, SEMANGAT n LAWAK...yang tak tahan 2 siap kena banding2 dengan guru asal diorang (CIKGU MADZIAH). konon, aku jau lbh best dari cikgu 2. Kesian cikgu Madziah. Namun, apa2 pn, aku bersyukur sebab budak2 tu akhirnya dapat menerima ku sebagai cikgu terbaik diorang. Rasanya, itulah satu kejayaan yang kudapat bila student menghargai kita.....