Friday, July 2, 2010

akan datang....

Agak lama tak usik blog....huh...Insyallah bakal kembali lagi dalam arena penulisan blog.. nantikan

Thursday, April 1, 2010

Semoga Berjaya : Bahas Ala Parlimen Sekolah Menengah

adus....lepas badminton, kini melangkah ke alam kepakaranku pula, DEBAT...tapi lebih popular dipanggil BAHAS utk peringkat sek. Selaku jurulatih, sudah semestinya aku terpaksa bekerja keras utk menaikkan sedikit nama sek ku dalam arena perbahasan ini (aik...sedikit je). Ya lah, memandangkan sekolah ku ni tak berapa popular dlm debat, so, terpaksalah sasarkan rendah je. Lepas peringkat awal pun sudah cukup memadai...Inilah usul yg akan dibahaskan nanti:

1. Keruntuhan institusi keluarga punca utama berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja (fuyoo...panjangnya)
2. Perpaduan negara tanggungjawab rakyat
3. Penggunaan internet dan telifon bimbit dalam kalangan remaja penjana utama masalah sosial. (Ni lg satu usul panjang)
4. Program realiti TV pemangkin keruntuhan akhlak remaja...

So...sedialah menggempur...

Sekadar Nombor 2

walaupun dibelenggu masalah kewangan, namun team SMK Tungku mampu untuk menjadi Team terkuat untuk sukan badminton di daerah lahad datu. Walaupun hanya memasuki 3 kategori, namun alhamdulillah, ketiga2 kategori dapat masuk final juga. Namun, sedih semua kecundang di final pula.

Naib johan - Perseorangan lelaki bawah 18 tahun (Neshrin Abu salam)
Naib johan - Bergu lelaki bawah 18 tahun (Neshrin dgn Rezuan)
Naib Johan - Perseorangan perempuan bawah 15 tahun

Dua pelajarku wakil ke peringkat bahagian...Gud luck utk mereka berdua. Selaku pengurus pasukan, aku bangga dengan bebudakku semua...

Saturday, March 27, 2010

Sibuk....sibuk...sibuk...



Mesti anda tertanya-tanya kenapalah aku upload gambar2 di atas.... itulah simbol kesibukan ku untuk bulan ini. Entahlah kenapalah tiba2 ja dapat surat n urus benda2 ni...Bulan ni ja, aku akan urus tiga perkara:

1. Jadi pegawai hakim lompat kijang MSSD
2. Jadi pengurus pasukan badminton sekolahku
3. Jadi jurulatih pasukan debat sekolahku

apa lagi, lenyap n ghaibla aku dari sekolah untuk bulan ni... Nak kata seronok 2, seronok juga, but...habislah... kerja sekolah melambak2....tolong...

Saturday, February 20, 2010

API...API...

Minggu lepas

Api...kebakaran...aku bergegas keluar. MasyaAllah...api...dari mana agaknya. Klu dilihat dari mata kasar, memang berlaku dekat dari rumah n benar-benar berlaku di kampungku. Ini yang tak best ni...Aku bergegas menuju ke arah kebakaran. Asap hitam mula berkepul2 menghiasi alam petang itu. Aku mula panik bila....(Surau terbakar.....surau terbakar...)

Ya Allah...biar betul. Aku berlari dengan pantas. Dalam kotak fikiranku terus terarah dengan surau n rumah kawan karibku (Imran) yang benar2 bersebelahan dengan surau. Semakin kudekati kebakaran itu, seolah2 surau kg ku sudah terbakar....Aku berlari dan terus berlari...

Ya...telifon. Kenapa aku tidak terfikir utk telifon si Imran...Arg..agaknya terlalu panik.
Tiba-tiba (Allah hu Akbar2...azan berkumandang)...Eh..tadi cakap surau terbakar, camna pula ada org laungkn azan dalam surau.

Aku semakin mendekati kawasan kebakaran itu...Rupa-rupanya bukan surau yang terbakar. Bukan juga rumah kawan karibku. Tetapi beberapa rumah yg berdekatan dengan surau sudah menjadi santapan sang api yang semakin mengganas. Termasuklah rumah salah seorang rakanku (Ijan). Namun, kebakaran itu benar2 dekat dengan surau juga. Silap hari bulan, surau pun boleh ikut terbakar. Kulihat, lautan manusia sudahpun berkumpul di kawasan itu. Tida kurang juga ada yang sibuk menyiram air, membantu angkat barang dan bertungkus-lumus menyelamatkan rumah berdekatan agar tidak dijilat api...Tidak kurang juga ada yang menjadi penonton setia yang melihat dengan ghairah tanpa melakukan tindakan apa-apa.

Semasa berada disitu, aku terjumpa Ijan, sahabat yang juga mangsa kebakaran. Sedih juga bila tahu keadaannya. Langsung, tiada satu barangpun yang dapat dia selamatkan. Namun, dia bersyukur dirinya dan keluarganya selamat. Dia kata duit boleh dicari tapi nyawa...hanya sekali. Aku sebak bila dia reda akan kejadian tersebut. Paling mengembirakan hatinya, dia berjaya selamatkan neneknya yang suda uzur....Sebenarnya semasa kejadian itu, mereka hanya bertiga sahaja di dalam rumah. Yang lain kerja. Ya Allah, terlalu besar ujian yang kau berikan kepada rakanku ini. Oleh itu, kuatkanlah hatinya dalam melayari ujianMu ini....

Episod kesedihan berlansung lagi bila si ibu yang baru tiba melihat keadaan si rumah yang sudah hangus terbakar. Membayangkan masa akan datang dan ke mana hendak dibawa diri dan keluarga yang kini papa dek api yang membara. Namun, mujur ada yang bersimpati dan mungkin kesusahan ini akan berkurangan walapun tidak terhapus sama sekali. Bagi diriku...hanya mampu kukatakan...BERSABARLAH SAHABATKU.....

Thursday, February 11, 2010

Terharu...!

Sangat menyedihkan....bahana jadual ditukar. Aku sedikit kurang puas ati ekoran pertukaran jadual baru. Jika dulu aku ajar kelas 4A, 2A dan 2B, namun, setelah jadual baru keluar, aku terpaksa mengajar 4C, 4E, 4G, 3F (kelas belakang)...Apa lagi, megrenla kepala otak ni. Apa bole buat, ikut je arahan. Tapi yg x puas ati, jadi guru kelas pula kali ni. Ingatkan selamat sudah... x jd guru kelas...

Hari ni jgk, hari last ngajar bebudak kelas depan. Masa bgtau kelas2 ni, ada yang tidak dapat terima kenyataan terutama bebudak 4A.
Aku : Lepas cuti ni, cikgu tak akan ajar kamu lagi (nada slamber, tapi dlm hati sedih giler)
Pjr2 4A : Apa, cikgu....Tak bestla klu gitu...Kami tak setuju... kami mau jumpa pengetua, minta
dia supaya cikgu still ajar kami.
Aku : Eh, jgnla buat begitu (tapi dlm hati berbunga2). Mana2 cikgupn tetap sama juga.
Pjr2 4A : Mn sama cikgu....Cikgu best, sporting, n happyning..
Aku : Apa bole buat cikgu hanya ikut arahan..

Tidak berapa lama, pengetua panggil aku...
Pengetua : Ha...cikgu datu..
Aku : Ya, kenapa sir (dup.. dap.., jantung berdebar, knp pula org tua ni panggil aku).
Pengetua : U, ha...Cikgu Datu, awak sangat popular...Pelajar cikgu tak mau cikgu pinda kelas
tau.
Aku : Ye ka...(tersenyum bangga)
Pengetua : U, mmg guru hebat ya...
Aku : ye ka...(respon berulang. Kembang hidung n terharu pula)

Fuh...rupa2ny budak2 tu jumpa pengetua la pula...Pujian ini berterusan sebanya 3 kali...Bahagianya hidup ini bila pelajar menghargai aku....terlalu hebatkah aku sampai budak2 tu tak mau lepaskan aku?

Di kelas 2A

Aku : Ari ni last sudah cikgu ajar kamu.
Pjr 2A : Knp cikgu, tak bestla macam ni....Cikgu.....janganlah pindah
Aku : Eh, cikgu bukannya pindah sekolah, tapi cuma pinda kelas je...
Pjr 2A : Cikgu kami mau jumpa pengetuala...kami seronok dengan cikgu. Cikgu rajin n
HENSOM
Aku : Apalah kamu ni (kembang lagi)
Pjr 2A : Cikgu jgn pinda, plzzzzzzzzz
Aku : Baiklah kita sambung pelajaran...(ubah topik)

Pokoknya, wlpn terpaksa tukar kelas, tapi pelajar still sayang dgn aku....thanks buat pelajar2 ku 4A, 2A n 2B....Cikgu terharu dengan kamu semua....

Sunday, January 24, 2010

Selepas 3 minggu

Minggu pertama
Tidak busy. Hanya dok dgr ceramah pendek dr org2 kuat SMK Tungku. Kekadang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bosan pula minggu pertama ni. Tapi yg bestnya dapat jumpa kekawan baru yg sama2 posting ngan aku ( Natassya, Winnie, Maskinah, Asmidar, Gody, Azekar n Salleh). Mereka semua ni spoting2 n funny...Banyak juga walak tercipta time minggu pertama ni. Oraitlah, taklah bosan sgt.


Berdiri dari kiri (asmidar, maskinah, natasya n winnie) duduk dari kiri (Gody, Azekar, Aku n Salleh)

Minggu kedua
Still tak dpt jadual lagi. Masalah guru keluar masuk sek. So, kesian juga guru jadual memerah segala kudrat utk siapkan jadual semua geguru smk tungku. Keja minggu ni hanyalah merelief kls je. Namun, yg menghairankan, aku langsung tak relief kls.. Tapi yang paling best minggu ni, kekawanku yang dlm gembar diatas p rumahku. Seronok juga dapat bawa diorang ni ke rumah.

Minggu ketiga
Dah dapat jadual. Alhamdulillah dapat kelas depan (BM- 2 Arif, 2 Bestari, 4 Arif. GEO- 3 Fikir). Tapi 3 fikir seorang guru GSTT ambil kelas tu. So, aku ajar BM je la. Okla tu. Minggu ni sibuk dengan merentas desa. Aku jadi MC tau. Alhamdulillah semua bergerak lanncar n rumah sukanku (Mat Kilau) johan merentas desa...