Wednesday, July 8, 2009

Kem Remaja Islam (KRIS) ke-4: Tinggalkan kenangan Indah








Selepas MKI, terus je aku berkampung d SMK Sepagaya 4 hari 3 malam sebab start suda KRIS ke-4. Cerita tentang kris memang banyak kenangan ditinggalkan. First dapat jumpa adik2 dari seluruh sekolah di daerah Lahad Datu n kunak dan juga dapat berkenalan dengan mahasiswa dari Lahad Datu, Kunak, Sandakan n tawau. Rasanya kali ini KRIS lebih best banding taun lps. Pengisian pun berbeza.

Kris tahun ini perkenalkan konsep 4 alam (rahim, dunia, barzakh n akhirat). Seperti tahun lps, tugasku masih dalam eksekutif disiplin n keselamatan sebagai ketua. Kalau mau tau, aku terpaksa mengubah diriku menjadi watak paling garang dalam program ni. Almaklumlah ajk disiplin.

Hari pertama n hari kedua, aku memang garang gila (Berlakon...) Spy budak2 lbh berdisiplin... Mau tahu, budak2 memang takut giler dgn aku. Klu boleh budak2 tu tidak mau bersemuka dgn aku sms program 2. Apa tidaknya, klu buat salah n lambat sikit, terus dijeritkan oleh vokal ku yang mantap ini. Yang mau termenangis pn ada. Memang dibenci giler la aku masa program ni...

But, masa hari ketiga, darjah kegarangan ku kuturunkan...Aku pn tak maula juga di cop abang fasi yang paling ganazzz...So aku ambil peluang la rapat2 dengan peserta dgn harapan dapat menjalinkan hubungan mesra...(ops...jgn fikir bukan2 pula ya). Alhamdulillah, diorang nampak sifatku yang sebenar (peramah, baik hati, periang, n carrying) cis...angkat bakul bawa sendiri... taubat..taubat, nanti riak namanya. Ada satu peserta 2 aku terdengarlah kata-katanya tentang aku. Dia kata: "rupa-rupanya abang ni baik juga ya. Sporting..." terus melebar senyuman ku time itu.

Hinggalah hari terakhir, hari yang sangat menyedihkan kerana terpaksa berpisah dengan semua warga KRIS ke-4. Masa 2, terharu juga bila bersalam-salaman. Yang paling mengharukan hatiku masa bersalam dengan 2 member ku yang body mereka besar2 si Suds n Adi...Begitu juga dengan adik2 mentee ku iaitu kumpulan UM. Tak tahan air mata jantanku berguguran...Hilang macho ku masa 2. Ala buat apa mau kontrol, bab, masa 2 pn, majoriti semua org menitiskan air mata. So, seri la...

Harapan...semoga di panjang umur dapat join KRIS ke 5 tahun hadapan n thn2 akan datang...Aminnnn

No comments:

Post a Comment