Monday, July 20, 2009

Minggu Penghayatan Israk Mikraj (MIPIM)

INFO ISRAK MIKRAJ

Tiba saja 27 Rejab, maka umat Islam akan mengimbau kembali lipatan sejarah yang telah berlaku pada tahun ke-11 selepas kerasulan Nabi dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi ke kota Madinah. Bukti kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah telah berlaku dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitul Maqdis Palestin dan seterusnya nabi di angkat ke langit untuk bertemu Allah dalam masa yang begitu singkat.

Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra' :

سُبْحَانَ الَّذِى أَسْرَى بعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ اْلمَسْجِدِ الْحَرَامِ إلَى الْمَسْجِدِ اْلأَقْصَاالَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ
Maksudnya :
Maha Suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.


Demikianlah serba sedikit Info tentang Israk Mikraj. Banyak hikmah tersurat dan tersirat yang terkandung dalam peristiwa ini. Antaranya, perintah mengerjakan solat yang sebelum ini sebanyak 50 waktu dan akhirnya menjadi 5 waktu. Rugilah klu kita yang mengaku sebagai seorang muslim, langsung tidak mengetahui keberadaan peristiwa ini. Semoga Allah memberi kita keredhaan dalam melakukan amalan.


PROGRAM

Belia Nurul Hilal di bawah biro keagamaan dan kerohanian akan mengadakan Minggu Penghayatan Israk Mikraj bermula 20hb ni. Antara aktiviti yang dijalankan seperti:
1. Ceramah oleh Ustaz Sudirman Haji Salleh, Pegawai Jaheais yang bertajuk, ISRAK MIKRAJ : 1001 RAHSIA
2. Pertandingan Kuiz
3. Pertandingan Mewarna

No comments:

Post a Comment