Thursday, December 31, 2009

Minggu yang memenatkan

27hb Dis 2009
Piknik kali ke2 di pulau burung. Walaupun esoknya mau p KK, tapi tetap nekad mau ke Pulau Burung untuk melepas rindu kali ke2. Namun, picnic kali ni taklah semeriah yg picnic 5hb lepas. Tapi still best la juga sebab walaupun last2 minit tetap best n semuanya menjadi. Bertolak lebih kurang jam 8.30am. Sampai di Pulau, aku lebih gemar mengelilingi Pulau n melihat keindahan alam. Aktiviti: main bola sepak pantai, main bola tampar pantai, main lempar tengah, main kejar2 cam budak2 n banyak lagi game yang tidak patut2 aku buat sbb sudah tua bangka...Balik agak lewat. Tapi still seronok dan menghiburkan.

28hb Dis 2009
Pagi2 da bersiap nak ke Kota Kinabalu. Hampir terlepas bas. Penat sangat sebab bahang kepenatan berpicnic mulai terasa. Panadol pun tak bole redakan sakit kepala. Masa dlm bas, aku menderita mabuk jalan. Hampir termuntah...Alhamdulillah sampai juga di KK dgn selamat. Sampai di KK, terus p Baverly Hotel n cek in di sana. Serius aku tak tau sebenarnya kenapa aku n kawan2 yang lain di kumpul di hotel 2. Rupa2nya aku kena orentasilah sebelum p posting di sekolah. Orentasi 3 hari. Puas hati juga dgn bilik yg serba mewah n makanan yang sangat menyelerakan( 1 minggu boleh gemuk tau).

29hb Dis 2009
Dihidangkan dengan ceramah...dari pagi sampai petang. Tapi masa yang ditunggu iaitu teka-teki tempat posting akhirnya terjawab. Setelah melalui debaran yang sangat dasyat, akhirnya semuanya terjawab. Aku di postingkan di SMK TUNGKU LAHAD DATU, SABAH. First dapat tahu, mmg tidak puas hati sebab skol ni jauh dari tempat tinggal. Kira2 1jam nak ke sana...Tapi terpaksa pasrah je...

30hb Dis 2009
Balik LD naik Mas Wings. Sampai rumah kira2 jam 12.30 tengah hari. Petang ke surau solat Asar. Malam pula ngajar budak mengaji seperti biasa.

31hb Dis 2009
Lapor diri di SMK Tungku. Tapi pengetua ndak ada. Suruh datang 4hb 2010. N malam ni p kenduri kahwin kawan ( Ahmad Nor)...

TAMAT

1 comment: