Saturday, December 19, 2009

Sokong Raja Perlis "Kalau perlu bahas kita bahas untuk mencari kebenaran"

Terbaca paper semalam "Raja Perlis dukacita negeri dilabel amal Wahabi", aku terus ja menulis blog ni menyatakan sokongan padu pada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Memang betullah kata-kata baginda, kalau nak berdebat, silakan...
Berikut adalah titah yang dipetik semasa ucapan baginda di majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan 2020
1. "Sebagai Raja Perlis, saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Tak baiklah buat kenyataan dalam akhbar atau TV. Lebih wajar dibawa muzakarah. Kalau apa yang dibuat di Perlis tak ikut syarak, tunjuk nas-nas lengkap, Perlis sedia mengubah (dari apa yang diamalkan sekarang)," titah baginda.
2. "Jika tidak ada nas-nas kukuh yang boleh menguatkan hujah mereka mengatakan apa yang diamalkan di Perlis tidak betul, janganlah ‘buat bising’ sangat. Kalau tak mahu ikut Perlis, senyap sudahlah. Nanti kata pula, Perlis Darul Wahabi," titah baginda.
3. “Kalau ada sesiapa yang tidak puas hati tentang apa yang diamalkan di Perlis, boleh tulis surat kepada Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Majlis Fatwa Negeri untuk berbincang.

4. “Kalau perlu bahas kita bahas untuk mencari kebenaran. Hentikanlah tuduhan yang tidak sepatutnya kepada Perlis," titah baginda.

Ulasanku...
Inilah masalah beberapa pihak sekarang yang suka membuat tuduhan palsu. Kadang-kala mereka suka buat tuduhan membabi buta. tunjukkanlah dalil atau nas yang sahih dari Al-Quran dan hadis Rasulullah kalau nak menyangkal sesuatu...

No comments:

Post a Comment