Wednesday, September 23, 2009

Dapatkan Buku "Katakan Tidak Pada Wahabi"


Buku ini merupakan buku karangan sahabat saya Saudara Mohd Hairi Nonchi, Pelajar tahun akhir Pendidikan Sains Sosial UMS. Buku ini diterbitkan oleh Jahabersa dan berharga RM8.90 dan mempunyai ketebalan 215ms. Buku merupakan sebuah wadah ilmiah yang telah menghimpunkan sejumlah risalah (articles) yang memberi penjelasan mengenai hakikat sebenar fahaman atau pegangan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahabrahimahuallahu serta para pendukung Sunnah Nabi Muhammad shallallahu 'alahiwasallam khususnya di Malaysia. Objektif utama buku ini adalah untuk menjernihkan semula salah faham sebahagian umat Islam terhadap pegangan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah, di samping membela maruah para pendukung Sunnah tanah air yang selama ini telah dimomokkan sebagai golongan "Wahabi" dan dinisbahkan sebagai kelompok yang terkeluar daripada pegangan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Jadi dapatkan buku ini dengan segera......

1 comment:

  1. nk trk cari buku tu..nnt la tgu ade duit..hehehe...

    ReplyDelete