Thursday, December 31, 2009

Minggu yang memenatkan

27hb Dis 2009
Piknik kali ke2 di pulau burung. Walaupun esoknya mau p KK, tapi tetap nekad mau ke Pulau Burung untuk melepas rindu kali ke2. Namun, picnic kali ni taklah semeriah yg picnic 5hb lepas. Tapi still best la juga sebab walaupun last2 minit tetap best n semuanya menjadi. Bertolak lebih kurang jam 8.30am. Sampai di Pulau, aku lebih gemar mengelilingi Pulau n melihat keindahan alam. Aktiviti: main bola sepak pantai, main bola tampar pantai, main lempar tengah, main kejar2 cam budak2 n banyak lagi game yang tidak patut2 aku buat sbb sudah tua bangka...Balik agak lewat. Tapi still seronok dan menghiburkan.

28hb Dis 2009
Pagi2 da bersiap nak ke Kota Kinabalu. Hampir terlepas bas. Penat sangat sebab bahang kepenatan berpicnic mulai terasa. Panadol pun tak bole redakan sakit kepala. Masa dlm bas, aku menderita mabuk jalan. Hampir termuntah...Alhamdulillah sampai juga di KK dgn selamat. Sampai di KK, terus p Baverly Hotel n cek in di sana. Serius aku tak tau sebenarnya kenapa aku n kawan2 yang lain di kumpul di hotel 2. Rupa2nya aku kena orentasilah sebelum p posting di sekolah. Orentasi 3 hari. Puas hati juga dgn bilik yg serba mewah n makanan yang sangat menyelerakan( 1 minggu boleh gemuk tau).

29hb Dis 2009
Dihidangkan dengan ceramah...dari pagi sampai petang. Tapi masa yang ditunggu iaitu teka-teki tempat posting akhirnya terjawab. Setelah melalui debaran yang sangat dasyat, akhirnya semuanya terjawab. Aku di postingkan di SMK TUNGKU LAHAD DATU, SABAH. First dapat tahu, mmg tidak puas hati sebab skol ni jauh dari tempat tinggal. Kira2 1jam nak ke sana...Tapi terpaksa pasrah je...

30hb Dis 2009
Balik LD naik Mas Wings. Sampai rumah kira2 jam 12.30 tengah hari. Petang ke surau solat Asar. Malam pula ngajar budak mengaji seperti biasa.

31hb Dis 2009
Lapor diri di SMK Tungku. Tapi pengetua ndak ada. Suruh datang 4hb 2010. N malam ni p kenduri kahwin kawan ( Ahmad Nor)...

TAMAT

Saturday, December 19, 2009

100 Roti Canai : Rai Kemenangan



Kemenangan sepanduk baru2 ni kami raikan dengan 100 keping roti canai untuk penduduk kampung semalam...seronok sangat dapat makan roti canai ramai2...

Puas Hati....

Lakaran Sepanduk Kampungku

Alhamdulillah, kampungku dpt no. 3 pertandingan sepanduk maal hijrah baru2 ni. Maknanya kami masih mengekalkan kedudukan macam tahun lps jugak la...Tidak sia-sia berjaga tidur gara2 buat sepanduk last2 minit....Terima kasih semua belia2 surau...Isyallah pertandingan sepanduk Maulud Nabi kita dapatkan johan pula....

Sokong Raja Perlis "Kalau perlu bahas kita bahas untuk mencari kebenaran"

Terbaca paper semalam "Raja Perlis dukacita negeri dilabel amal Wahabi", aku terus ja menulis blog ni menyatakan sokongan padu pada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Memang betullah kata-kata baginda, kalau nak berdebat, silakan...
Berikut adalah titah yang dipetik semasa ucapan baginda di majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan 2020
1. "Sebagai Raja Perlis, saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Tak baiklah buat kenyataan dalam akhbar atau TV. Lebih wajar dibawa muzakarah. Kalau apa yang dibuat di Perlis tak ikut syarak, tunjuk nas-nas lengkap, Perlis sedia mengubah (dari apa yang diamalkan sekarang)," titah baginda.
2. "Jika tidak ada nas-nas kukuh yang boleh menguatkan hujah mereka mengatakan apa yang diamalkan di Perlis tidak betul, janganlah ‘buat bising’ sangat. Kalau tak mahu ikut Perlis, senyap sudahlah. Nanti kata pula, Perlis Darul Wahabi," titah baginda.
3. “Kalau ada sesiapa yang tidak puas hati tentang apa yang diamalkan di Perlis, boleh tulis surat kepada Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Majlis Fatwa Negeri untuk berbincang.

4. “Kalau perlu bahas kita bahas untuk mencari kebenaran. Hentikanlah tuduhan yang tidak sepatutnya kepada Perlis," titah baginda.

Ulasanku...
Inilah masalah beberapa pihak sekarang yang suka membuat tuduhan palsu. Kadang-kala mereka suka buat tuduhan membabi buta. tunjukkanlah dalil atau nas yang sahih dari Al-Quran dan hadis Rasulullah kalau nak menyangkal sesuatu...

Wednesday, December 16, 2009

MeMori : TeRjaWab PanggilaN Pulau BurunG

SEBELUM KE PULAU

5hb lepas, aku n kwn2 geng surau p pulau burung buat picnic. Pagi2 lagi balik ja dari surau lps solat subuh bejemaah, aku mempersiapkan diri ini. So, apa lagi ku masaklah beberapa ketul nurget, beberapa biji telur (tutttttt) jgn fikir bukan2 ya, n itu je yang kubawa. yang lain ku beli je...

Sebagai ketua ekspidisi, aku sampai tempat berkumpul lebih awal. Ku tengok, ramai sudah member2 yang sampai dulu. terlalu xsitet betul....tema baju mau p pulau kali ni, PUTIH...Tapi ada juga pakai warna lain, ceh...degil bin degul betul.

Semangat berkobar....inilah pengangkutan kami...

TIME DALAM PERJALANAN P PULAU

Kami jalan lbh kurang 7.45pm tapi terkandas pula ditengah laut kira-kira 1jm 30minit. Kesian Pakcik Pare' n pembantuny "si kivut" bertungkus lumus tukar kipas kapal yang terkena sampah di laut. Bengong punya manusia, lain kali jgn buang sampah dalam lautla....

2 sekawan (sadan n mamat)....felling atas bumbung kapal

Kita minum n nyanyi dulu....

Musyasi..Mencari sape raja pancing?
Senyum seindah suria,yg membawa cahaya.....



Geng lanun (mundu)....
TIME DI PULAU

Sampai ja di Pulau, terus susun barang, ambil pancing n apalagi... mancing la. Aku, Imran n Babban naik sampan memancing. Alhamdulillah banyak juga ikan yang aku dapat pancing kali ni. Ikan paling besar yg aku dpt pancing panjang macam tanganku (ikan pitig). Selebihnya ikan kurapu, ikan batu n ikan entahlah apalagi namanya. Berwarna-warni ikan yg aku dapt mcm pelangi...hehehe..

Selepas solat jamak zohor n asar, kami pun makan lah...Habis lenyap nurget n telur yg kumasak tadi. Almaklumla, lapor benar sudah...

Paling best, lepas makan kami main game "pisang panas". Lucu juga permainan ni. Tapi perkataan yang aku tidak lupa bila ada satu group itu, tersilap tafsir perkataan yg kami tanya dengan diorang. Ikuti dialog lagu ni...

Group Totong : Batu apa...batu apa...batu apa sekarang?
Group Aku : Batu nisan...batu nisan....batu nisan sekarang. Nisan apa...nisan apa...nisan
apa... sekarang?
Group Jasri : Nisan kereta....nisan kereta (#%*^@$) terhenti....
Semua Group : Oi salah tu (hahahaha).

Sebenarnya group jasri ni terkeliru antara perkataan NISAN dengan NISSAN (jenama kereta dari jepun)....

Slps main game "pisang panas" yg penuh lawak n kontrovesi 2, apa lagi jalan2 la keliling satu pulau. Yang best kali ni, kami dpt saksikan keadaan pulau time air surut. Semua batu karang kami lihat dgn jelas.

Selepas mandi, kami terpaksa balik lebih awal dari perancangan sebab cuaca tak berapa baik. So balik la takut2 nanti tsunami or ribut ketrina melanda pula...Tapi jangan disangka langit hitam menandakan ribut & hujan, rupa2nya itu hanya lakonan alam...Cuaca kembali cerah time suda sampai di kg.... Walau apapn, puas hati juga dengan picnic ni. Perancangan....hujung tahun mau p lagi....InsyaAllah....


Yang mana satu paling macho...

senyum...

Inilah hasil tangkapan kami

Syoknya berenang

inilah ikan Peteg yg kudapt pancing...Sudah dalam perut tau

1 biji RM2...(Golongan palauuuuu)

Thursday, December 10, 2009

Memori Debat Diraja....

Debat Diraja kembali lagi. Kali ini UM jd venue utama pertandingan bprestij ini. Bila sebut pasal debat ni, teringat pula kenangan lalu bersama rakan-rakan keluarga debat UPSI. Banyak kenangan suka duka berlaku sepanjang jd ahli debat. Dan kini, aku hanya mampu melihat dari tempat jau perkembangan debat...Jauh di suduthati ini bergelora nak turun berdebat...Kepada team debat UPSI, good luck utk debat royal kali ini....

Thursday, December 3, 2009

Panggilan Pulau Burung

Tinggal 2 hari lagi aku n member2 satu surau akan pergi berpicnic di Pulau Burung. Sabtu ni,memori akan terlakar lagi bila sekali lagi kami akan melawat pulau yang penuh kenangan ini. Rasa2ny suda 3 tahun aku tidak pergi sana. Kali ni, pergi dengan muka2 baru yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke pulau ini. Doa dan harapan, semoga perkelahan ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.....Aminnnnn

Kenangan di Pulau Burung bersama my bestfriend, Imran, 2005

Wednesday, December 2, 2009

Korban di Puyut


Semangat....Sehari sebelum korban. Tersilap masa, wrong information...Sepatutnya korban dibuat esok harinya....

Gaya aerobatik seekor lembu mencium jalan

Sembelih.....Mowww...mampus aku...

Posing di hadapan lembu. (Bisik si lembu: Nasib baik aku suda diikat, kalau tidak, dah lama kutanduk budak2 ni satu-satu terutama si baju hijau ni)

Habislah bergambar 3 orang. Sape mati dulu....(karut...karut)

Bergambar dengan abg2 polis (bahagian nakotik)

Sempat juga bergambar dengan ketua polis Lahad Datu

Makan dulu....

My best freind ( Madil@ sufi2, aku, Imran n hairi)

Penatnya...Selepas korban...

Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga program korban anjuran PDRM bahagian Lahad Datu yang dibuat di kg ku....2 ekor lembu...Walaupun terlewat sehari, tapi sambut tetap hangat...Tapi sedih......tak dapat daging lembu....yang dapat pun hanyalah kulitnya untuk buat kompang....ishk...ishk....

Memori : Raya Haji yang Lepas

Beginilah suasana ketika menyerang sebuah rumah...
Wah...tekun mendengar kata-kata dari seorang tokoh sunnah puyut. Hai totong, sempat pula posing depan kemera...

Tersenyum lebar setelah puas menyerang ruma orang..


Inilah anak muridku yang ku ajar mengaji...Tapi lelaki tua bangka yang pakai baju oren tu bukan anak muridku ya...Jangan salah sangka..

Sanggup bergambar di bawah terik mentari...


Kali ni nak cite pasal raya haji yang baru je aku n semua umat Islam rayakan. Perasaan seronok sekali lagi datang bila aku berpeluang berkumpul dengan keluarga dan sahabat taulan...Namun, tahap ke-power-an raya haji tak lah setanding raya posa lepas. Mb tak ramai yang buat ruma, jendela, pagar n garaj terbuka...Agaknya dilanda kemiskinan sehingga terpaksa berjimat cermat... Aku seperti biasa akan sedaya upaya untuk menyerang mana-mana ruma yang sudi menerima kehadiran diri ini. Serang......macam2 dimakan....Segala lauk-pauk n kuih muih disumbat ke dalam perut ini...

Selamat Hari Jadi Ims

Hari ini merupakan hari jadi sahabat karibku (imran)... Semoga semua ini memberi kekuatan kepadanya dalam menempuh hidup...Semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat...

Sketsa Kehidupan
(Sempena Hari Jadi Sahabatku Imran ke-20)

2 haribulan Disember,
Hari turunmu ke bumi,
Untuk memegang sebuah watak
Menghalusi skrip kehidupan
Arahan agong yang Maha Esa.

Babak demi babak
Berlalu dan terus berlalu
Dan kini di babak ke-20
Satu watak mendampingimu
Menterjemahkan skrip ciptaan agong
Itulah aku
Yang ingin berjuang bersamamu
Menempuh sketsa penuh dugaan
Mengharungi drama penuh cabaran
Membentuk ujaran
Memeterai persahabatan
Yang punya ketulenan
Dan tinggi nilai gadaian.

Selamat hari jadi Ims…Semoga Allah merahmatimu Dan semoga kematanganmu ini Dapat menterjemah satu perjuangan suci Dalam menegakan kalimah Allah Dan mempertahankan persahabatan kita.