Thursday, October 22, 2009

kahwin Muda...Argh.......

Rakan 1 : Datu ko da ada yang punya?
Aku : Biarla rahsia (pinjam kata2 Ct Nurhaliza)
Rakan 1 : Ko mau kahwin
Aku : Aku...nak juga, tapi tak sedia lagi...eh...cantiknya kereta 2. (saja tukar topik)

aku, klu cite pasal kahwin ni, suka dengar juga, but klu masuk "aku nak kahwin", tak nak bincang dululah...Tapi ramai yang desak suru kahwin...ingat aku ni dah telajak sangat ka??? sabar, sabar...

Eh, apa ni, entri pasal kahwin pula. Ala, bukan apa, nak bawa para pembaca untuk menyelamai isu kaahwin muda ni. Mb kesan tengok satu perkahwinan di kg ku yg pasangannya masih muda belia. Lelaki umur 14 thn (da baligh ke?) n pompuan 15 tahun...Ala, kahwin pilihan keluarga, tapi patutka begitu. Sebab ku lihat, kedua2 pengantin macam tak setuju je. Apa ni....apa yg da jadi ni...Tapi hakikatnya, kahwin muda yang tak di pilih keluarga pn dah jadi trend. Kawan2 aku saja, dah ramai yang kahwin muda...Tapi yang sedihnya macam tak syok je... Bulan pertama n kedua ok je, but masuk bulan2 seterusnya da tak berapa sehaluan.

Rakan 2 : Biasala datu, pemikiran tak matang.
Rakan 3 : Entah lah, sukar nak diramal...(oi, apa yang nak ramal2 ni)

Tapi bagi aku, perkara ni ada pro n kontra. Pro ny sebenarnya datang dari kita sendiri...kena pandai fikir walaupun fikiran belum matang. Mb, dengan kahwin muda, fikiran kita akan jadi matang kerana terpaksa berdepan dengan masalah yang bersangkut paut ttg keluarga.

Rakan 1 : Si ***** tu kahwin muda! habislah, hilanglah keseronokan hidup bujang..
Rakan 2 : Best apa kahwin muda. Dapat rasai nikmat hidup, hehehe (tersenyum kambing,

fikir bukan2 la tu).

Kahwin ni memang satu sunnah nabi. Kita dapat menyambung generasi kita agar tidak hilang... Tapi, kadangkala, kita sering fikir nikmat saja, tapi kesan jangka panjang kita tidak fikir langsung. Perlu fikir dari beberapa sudut.

Rakan 1 : Datu, apa pendapatmu pasal kahwin?
Aku
: Bagi aku, yang penting lihat ekonomi dulu, cukup ka utk tampung keluanga. Jangan
harap mak bapak n bapak mak mertua. Biarla si lelaki (paling utama) ada pekerjaan.
Rakan 1 : iya ke?
Aku
: mestilah. tapi perkara yang paling penting mestilah agama. camna na bimbing
keluarga klu agama masih tunggang langgang. tidak cukup hanya sekadar ikut kursus
kahwin n terus kahwin.
Rakan 1 : Oh....iya ke (mulut ternganga, khusyuk)
Aku : Kita perlu bagi nafkah pada keluarga zahir dan batin. Agar keluarga jadi harmoni.
Rakan 1 : Oh begitu....

Kesimpulannya, terpulang pada diri kita. Kahwin muda tak salah klu kena pada tempatnya.


sekadar gambar hiasan

Kali ke II

TAHNIAH!
Anda berjaya di panggil temu duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Keluaran IPTA Sesi Okt/Nov 2009

Itulah pemberitahuan yg kuterima hari ini...Ertinya perkara ini sudah 2 kali berulang. Entahlah, perasaan gembira ada, perasaan sedih pun ada (fokus...fokus datu....tinggalkan segala apa yang telah berlalu...ok...) Sekarang, aku mst berusaha...banyak perkara yang telah kulalui. so, langkah awal utk temuduga ini, urus pasal dokumen n maklumat diri dulu. Minta cop apa yang patut.
Kali ni, aku mesti serius...kadangkala teringat juga kenangan time temuduga dengan inra n ibnas pun ikut ms 2...tapi, kini aku terpaksa bergerak n berjalan sendiri. Tiada lagi teman rapat yang menemani melainkan diri ini...

Ya Allah, biarlah KALI KE 2 ini memberikan khabar gembira. Biar tidak ada KALI KE 3.....



Wednesday, October 21, 2009

Terima Kasih....Sahabat....


Terima kasih kuucapkan kepada semua kerana masih sudi memberikan kata perangsang kepadaku untuk terus mara ke hadapan. Walaupun sekarang masih terkesima, namun, kita yang merancang, Allah yang menentukkan.

Ketahuilah, aku masih kuat untuk itu semua...Dan semoga sahabat2 ku yang bertuah, dapat mensyukuri apa yang telah diperoleh. Dan kepada sahabat2 yg senasib denganku, jangan putus asa...Kita masih berada di landasan perguruaan. Jangan kecewa dengan ujian permulaan ini. Kerna, selepas ini, akan banyak menyusur ujian getir dalam dunia pendidikan yang kita pilih ini.

Kepada rakan2 ku, ku hargai segala nasihat yang kuterima, tak kira melalui msg, email, comment, n tel. Antara mesej sokongan yang kuterima:

Inra : I harap uol jgn pth smgt n msti kutkan ht, i tau brat mta memandang brt g bhu memikul. i yakin msti ada hikmah ats sume yb blaku. i doakan yg tbaik utk sumer.
Yuszaiman: harap trma ujian ni, sumer de rzki, beza cpt n lmbt je.

Yati : x pa ba. ko dpt ja nanti 2.

Ashiq : Datu saber yek, ash doakan semoga dapat posting juga.

Faizi : Datu banyak bersabar ya...

Oja : Kuat kan semangat datu, kita tau datu kuat...

dan ramai lagilah....Terima kasih semua... terima kasih and terima kasih

Tuesday, October 20, 2009

Penantian....


Aku akan terus menanti...
menanti....
dan terus menanti....
Insyallah, kejayaan pasti akan tiba...
kegembiraan pasti akan menjelma...
Hanya Allah yang menentukannya...

Monday, October 19, 2009

Kesedihan...Menerkam...Diri


Mungkin tidak disangka aku terpaksa bersedih kerana kegagalan yang menimpa diri...Biarla ku rembeskan kesedihan di dalam diriku...Namun ku yakin, semua itu ada hikmah disebaliknya. Aku pasrah dengan semua itu. Semoga hari-hari esok memberikan sinar baru untukku terus bangun menggapai cita-cita yang diimpikan...Insyallah....

Saturday, October 10, 2009

Futsal...futsal...futsal....


9hb oktb, setelah sudah lama tidak main futsal, akhirnya aku n kekawan surau dapat main futsal juga. Itupun dapat sponser dari Totong (org kuat surau) yang dapat untung sikit dlm pekerjaannya.... Booking gelanggang jam 10 malam tapi bertolak dari kg lebih kurang jam 9.10 minit. Maknanya ada 50minit nak tunggu giliran baru dapat main. tapi xsited punya pasal, kami tak kesah walaupun tunggu lama.
Masa nak p gelanggang 2, hujan turun dengan lebat...lebat sangat...memandangkan semua pun da tak sabar, apa lagi reda je... Naik bas lain hal. disebabkan terlebih muatan, terpaksalah aku n 6 kawanku yang lain ikut trip ke2. Bagi adik2 dulu. Malam 2 kami ada 20 org...
Sampai di gelanggang Futsal Sabah Baru yang cantik n indah (sebab baru buat), aku n beberapa kawan2ku terasa jakun pula...kaki ini tidak sabar nak menyepak bola di atas permaidani khas gelanggang futsal. macam terasa mimpi je dapat main malam 2. Namun yang seronoknya, dapat main pula dengan member sesurau yang 1 kepala. Apa lagi, gamatla gelanggang 2...Walaupun ada beberapa member ni pakai kaki ayam je (tidak perna dibuat orang), tapi disebabkan kegilaan menguasai diri, dibantai jugak....
Buat kawan2 semua, kenangan ini akan kita abadikan dan insyallah kita akan main lagi bersama-sama.

Wednesday, October 7, 2009

Gud Luck 4 PMR

Sebelum tidor, nak ucap gud luck pada semua bebudak yang ambel PMR taun ni...Mesti berdebar2... Semoga berjaya terutama adik2 surau nurul hilal n pelajar2 ting 3 SMK BIdor, Perak...

Posting...

Hari ini, terdengar perkhabaran member2 dr K'tan n T'ganu dah dpt result posting. But, mejoriti diorang ramai yang posting sabah sarawak... Biasalah, mst dengar keluhan, keresahan dari lubuk hati member2 ni sebab almaklumlah, dapat posting jauh dari kg halaman. But, bagi aku, inilah peluang anda untuk melihat negeri n kebudayaan orang lain...Bila lagi peluang seumpama ini datang....

Namun, persoalannya, dimanakah aku bakal posting???? Adakah aku akan berbakti di negeri ku sendiri???? Harap begitulah. Di sini aku tinggal anda dengan satu soalan objektif:

Di manakah 'aku' bakal posting?

A) SMK Agaseh
B) SMK Sepagaya
C) SMK St Dominic
D) SMK Segama
E) SM Sains Lahad Datu
F) Tiada jawapan di atas

Saturday, October 3, 2009

Sejadah "Berdiri" : Ada Hikmah Disebaliknya


Lihatlah gambar di atas...Adakah semua ini satu ilusi ataupun rialiti. Namun, hakikatnya semua itu ada hikmah di sebaliknya. Kini semua benda benda yang tidak hidup seolah-olah ingin menyampaikan mesej yang sukar untuk ditafsir dek akal. Namun, kita sendiri yang perlu sedar bahawa pelbagai kejadian pelik telah pun berlaku. Dan...persoalan mudah...Apakah makna itu semua? Tepuk dada dan jangan tanya selera saja, namun tanya juga iman dalam diri....

Thursday, October 1, 2009

Sahabat Yang Mulia


Sahabat yang mulia,
akan berusaha melenyapkan,
susah payah yang menimpa ruah,
menerpah dirimu yang lemah.

Sahabat yang mulia,
akan berusaha memberi daya,
tika kamu memintanya,
tanpa mengira dan mengata,
untuk ringankan beban yang ada.

Sahabat yang mulia,
akan layangkan pandangan,
jika kamu pancangkan rancangan
agar ketemu jaya cemerlang.

Sahabat yang mulia,
selalu membenarkan tutur kata,
yang terukir di bibirmu,
agar kau mendapat cahaya utuh.

Sahabat yang mulia,
sentiasa mengundang tetamu kerisauan,
pabila melihatmu kerunsingan,
mencari hala hidup mendatang.

Sahabat yang mulia,
lebih rela mengalah,
bila kau dan dia berbantah,
agar tercantum persahabatan dan ukhwah,
yang hampir retak menungguh belah.

Sahabat yang mulia,
selalu menjulang hubungan persahabatan,
yang kau simpul dan ikat matikan,
agar tidak terurai dan terungkai.

Sahabat yang mulia,
tidak akan mensia-siakan dirimu,
dan terus mengagungkan namamu,
serta paparkan kebaikan dan kekamilanmu
agar kau menjadi insan terulung.

Sahabat yang mulia,
menjadi tudung saji penutup,
setiap kata nistamu yang terpacul
bersama gerak gerimu yang tidak menentu,
agar tidak malu dibelakang waktu.

Sahabat yang mulia,
sentiasa memahami setiap personalitimu,
tidak mencipta kerumitan padamu,
malah akan berjuang teguh,
merobek gelombang ganas membunuh,

Ingatlah,
sahabat yang mulia
akan memandumu bertunjangkan agama,
yang syumul lagi betul,
agar kau tidak hanyut dan tenggelam.
Bukankah ulamak berpesan,
agar memilih sahabat yang memanfaatkan,
ilmu dan agama yang satu.
Dan hukamah juga bercerita
sifatmu adalah bayangan sahabatmu,
dan julanglah kata keramat Lukman Alhakim,
dalam memilih sahabat mukmin sejati.
Imramlee, 2004